Kongsi Masalah

Assalamu’alaykum. Segmen Kongsi Masalah ini Kak Nur wujudkan untuk menjawab apa jua kemusykilan adik-adik sedaya yang Kak Nur mampu. Khususnya berkenaan bidang yang Kak Nur belajar iaitu Fikah Wanita. Juga persoalan cinta remaja konsekuen dengan tema blog… Kerana Cinta.

Insya Allah, buat permulaan Kak Nur akan cuba berkongsi masalah yang pernah dihantar melalui sms (Sistem pesanan ringkas). Oleh kerana blog ini baru bertunas, maka Kak Nur akan mengemaskini sedikit demi sedikit persoalan yang pernah diterima. Harap dapat bersabar ye…

Segmen ini juga bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan sesama pengunjung. Pengunjung boleh berikan pandangan kepada permasalahan yang dikemukakan di sini.

Apa yang baik, datangnya dari Allah. Apa yang kurang, dari kelemahan Kak Nur jua.

Hamba Allah,

Kak Nur

4 Muharram 1429H

13 Januari 2008M

UPDATE:

Bagi pembaca yang segan meninggalkan soalannya di sini, bolehlah hantarkan persoalan ke email penulis: ummuabbas@yahoo.com

8 Rabiul Akhir 1430H
4 April 2009

31 Respons to this post.

  1. Posted by why_me on April 24, 2009 at 3:26 am

    salam k.nur..
    moge k nur sekeluarga sentiasa di bawah rahmatNya..
    kt sini sy ingin bertanyakan pendapat k nur mengena maslah yg sy sedang alami saat ini.sy masih lagi menuntut di salah sebuah ipt di m’sia. sekarang ni sy diuji dengan masalah dengan seorang teman.dulu kami xde lah rapat sgt n sy sangat respect ngn teman saya ni.dia merupakan pelajar yg blh dikatakan pandai jugak la. sy xpernah iri dengan die. tp sekarang hubungan kami semakin dingin kerana sy sangat tidak selesa dengan sikap die yg sangat suke bercakap.malah,masa lecture pun sempat die menganggu kami.walaupun ape yg diterangkan itu ade kaitan dengan ape yg lecturer sedang katakan,tapi die membuatkan sy hilang fokus pd lecture. semakin hari sy bersabar n xpernah menyuarakan maslah ini pdnya.sy cume diamkan diri n layan je sikap die yg suke bercakap.tp bile lame2,skang ni da nk abes sem da pun sy rase pandang muke die pun sy rase cam larikan diri,. saye dah xtau ape nak buat k.nur.. sy tau,die xsalah cume cara die yg buatkan sy xselesa n tension..tmbh2 lagi exam sgt dekat skang ni=(
    mcmn ye k nur?

  2. Posted by bintu Ahmad on April 25, 2009 at 7:08 am

    Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…
    selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…
    dan Assalamu’alaikum dan salam mahabbah buat kak Nur sekeluarga…

    kak Nur diri ini ingin mencari suatu yg hilang..hilang disebalik ke kelaman ilmu..blum sempt untk mencari jawapanya..tapi untuk permulaannya diharap kak Nur sudi memberi kata petunjuknya dahulu..

    soalan saya..bagaimana untk mencari kemanisan solat yg sebenarnya..agr dri ini sentiasa rindu utk bertemu dgnNya..

    Wallahu’alam..
    Allah matlamat kami..
    p/s:jazakillah kak Nur..ats jwpn yg diberikn..

  3. Assalamualaikum.
    Saya ada sedikit pertanyaan tentang hati dan keikhlasan. M/mana nak membentuk hati supaya menjadi lembut, penyabar, penyayang dan istiqamah ? Bercakap tentang keikhlasan, hanya individu itu sendiri yg mengetahui tentang keikhlasan hatinya, org lain tdk blh mengukur sejauh mana keikhlasan seseorang itu. Yg menjadi persoalannya ialah, saya tdk tahu dimana tahap nilai keikhlasan saya. Saya melakukan sesuatu bukan kerana seseorang, tetapi tdk juga ikhlas kerana ALLAh. Malah saya rasa kosong seperti tiada apa2 makna. Saya harap sangat agar ummu dpt membantu saya di dalam membentuk jiwa dan hati saya supaya menjadi seorang yang lebih dekat kepada Yang maha Pencipta. WaSsalam.

  4. Salam kak nur..

    Mohon ziarah blog sy yang tak seberapa..

    Ada secebis hadiah buat Kak Nur..

  5. Posted by mai on Mei 26, 2009 at 5:52 am

    assalamualaikum…

    saya ada masaalah berkaitan rumahtangga… sebelum ini rumahtangga saya aman bahagia,. untuk pengetahuan kak azie, baru 4 tahun saya berumahtangga dan anak masuk 2 orang. Sekarang saya mengandung 8 bulan.. baru-baru ini suami saya berterus terang bahawa dia telah terlanjur dengan bekas teman wanitanya di universiti dulu.. dan dia ingin mengambilnya sebagai isteri.. saya sedih yang teramat sangat. sukar menerima kenyataan.. setiap kali solat saya pohon allah beri petunjuk apa yang harus saya lakukan, perlukah saya menberi izin sedangkan saya terlalu sedih dengan keputusan ini. kini saya redha dan memberi izin suami berkahwin lagi. bagaimana saya ingin mengubat hati ini. sebenarnya saya takut suami akan mengabaikan saya dan anak2. saya pohon kak azie berikan saya nasihat berkaitan poligami.

  6. Wa’alaykum salam warahmatullah mai,

    Nama pena akak, ummuabbas. Insya Allah, akak cuba respon secepat mungkin. Akak baru buat MOS tadi. Kurang sihat sikit. Seminggu lagi baru boleh buka jahitan.

    Buat sementara waktu ini, mohonlah kekuatan dari Allah dan banyakkanlah mengingatiNya. Allah suka kepada hamba yang sering teringatkanNya. Insya Allah, jalan keluar terbaik itu ada dan cara Islam itulah penyelesai segala masalah.

    Harap dapat bersabar.

    Ummu Abbas

  7. Assalamualaikum.
    Semoga Ummuabbas cepat sihat dan dapat menjlani kehidupan seperti biasa. Azie ada soalan yang berkaian dgn pendidikan anak menurut Islam. Azie ada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yan g berusia antara 5-12 tahun. Yang menjadi masalahnya mereka sukar mengikut cakap azie. Mereka lebih mendengar kata-kata orang lain w/pun apa yang diutarakan itu adalah sama. M/mana caranya supaya mereka lebih mendengar kata ?
    Satu lagi masalah ialah cara mendidik anak agar bertudung dan menutupi aurat. Anak perempuan bongsu azie yang berusia 5 tahun tidak mahu bertudung. W/pun usianya masih kecil, tetapi kita mesti mendidik mereka drp kecil. Dah puas azie memujuk dan menerangkan agar dia bertudung, tetapi tidak diendahkan. Kadang2 sampai tahap mengugut. Nak tunggu pihak sekolah menetapkan peraturan memang mustahil, kerana anak bersekolah di International School. Dia asyik mengulangi kawan2nya tidak memakai tudung sedangkan mereka berbilang bangsa. Azie sudah buntu untuk menerangkan kepadanya bagaimana caranya agar dia bertudung.
    Dari mata azie, masyarakat arab di sini juga tidak menitik beratkan perihal aurat. Pemakaian abaya dan niqab hanyalah sebagai tradisi sahaja bukan kerana peraturan agama. Entah, ingatkan berada di bumi arab ni semakin bertambah iman….Semuanya itu terpulang kepada diri seseorang itu sendiri “tepuk dada tanya IMAN”
    Wassalam.

  8. Assalamu’alaykum,

    Food lover dan Azie yang dirahmati Allah,

    Kak Nur belum mampu menjawab persoalan terakhir yang dikemukakan atas faktor masa yang tidak mengizinkan. Kak Nur berharap persoalan tersebut dapat juga ditanya kepada para ustaz dan ustazah yang lain sama ada yang dikenali di luar sana atau di alam internet.

    Permasalahan yang dikemukakan juga dihadapi oleh Kak Nur sendiri. Kak Nur akan beri pandangan mengenainya setelah mampu berbuat demikian.

    Mohon maaf.

    Ummu Abbas: Seminggu dua ini diuji dengan demam berpanjangan. Anak-anak juga turut dilanda demam. Banyak kerja rumah tertangguh.

  9. salam kak nur..
    semoga sihat sejahtera bersama keluarga tercinta..amin..

    cuma nak bagitahu..cantik blog kak nur^_^

  10. Assalamu’alaykum aurora hijau,

    Kak Nur cerita sedikit tentang template baru di ruang Penulis sebab ada pengunjung respon hal yang sama.

    Ha… sama-sama hijau lah kita ye…

    Salam sayang,

    Ummu Abbas

  11. Assalamualaikum K Nur,

    maaflah mengganggu kak nur di hari yg ceria ni….ada satu persoalan yg bermain2 dlm fikiran saya dua tiga hari ni berkenaan dgn gigi. sebenarnya saya nak betulkan gigi anak saya yg tak berapa rata di bahagian hadapan tu …so kenalah pakai bracket tu ( betul ke bahasa ni?), tapi anak milla tak mau, ustazah dia kata tak boleh …? boleh tak kak nur jelaskan lagi?

    terima kasih sbb meluangkan masa menjawab soalan ni.

  12. Wa’alaykum salam wbh,

    Kak Nur suka dengan kunjungan milla.

    Mengenai persoalan milla itu, hukum memakai pendakap gigi atau braces adalah harus.

    Milla boleh rujuk perbahasan lanjut di http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/13/hukum-memakai-pendakap-gigi-braces/

    Harap maklum.

  13. Kak Nur, terima kasih yer….dah jenguk kat situ, ada byk lagi persoalan2 semasa boleh belajar kat situ. terima kasih daun keladi, lain kali nak tanya lagi.

  14. Posted by muhammad hidayat b. ibnu hajar on Julai 22, 2009 at 9:16 am

    saya lihat nik nie perpengetahuan luas dan pandai

  15. Posted by Siti on Julai 29, 2009 at 9:01 pm

    assalamualaikum……….ummuabbas,…sy berharap ummu dpt mmbantu sy mengenai pemakaian purdah bg wanita islam,….sy teringin sgt mengetahui hukumnya dan setakat mana keperluan memakainya,….sy menyimpan niat untuk memakai purdah tp ditentang secara halus oleh insan2 yg terdekat dengan sy termasuk suami….mungkin tiada siapa mempercayai sy kerana sy berpewatakan menarik dan sentiasa mengikut arus fesyen….namun sejak 2 menjak ini hati sy seakan terbuka untuk mengenali apa itu niqab,….dan ingin sekali memakainya kerana takutkan Allah….alasan yg diberi oleh suami ialah….kebanyakan wanita islam termasuklah ustazah tidaklah memakai purdah,..sy juga ingin tahu bagaimana kehidupan wanita berpurdah kerana tiada seorang pon rakan atau keluarga sy yg berpurdah,..jd sy kurang ilmu dlm hal ini….sy perlu ilmu dan pengetahuan agar sy dpt menetapkan pendirian sy,…..ikhlas sy katakan disini…sy takutkan sebuah kematian dan risau jika sy mati sy tidak tahu kepentingan memakai purdah kerana org lain jarang memakainya dibumi malaysia ini…..sedangkan bila sy mati sy akan sendirian menjawab soalan2 malaikat.,…..tolonglah bantu sy wahai ummu….sy dahagakan jawapan yg tepat,….sy bukan banggakan diri atau mengatakan sy ini cantik..tp sy masih digilai dan menjadi tatapan lelaki yg bukan muhrim dan ada di antara mereka yg sanggup menanti sy menjadi janda,…sy merasakan pemakaian purdah mampu menutup pandangan lelaki terhadap sy,..kerana sy mahu mengabdikan diri pd suami saja..namun suami sy pula kurang setuju….mungkin dia takutkan persepsi org(persepsi Allah tidak takut pula?????)so…..sy menjadi buntu…apa yg sedang sy hajatkan ini adakah benar atau tidak,..dan adakah ia sesuai dengan persekitaran di negara ini….sebenarnya sy tidaklah peduli hal itu,….cuma fikirkan suami…diakata tidak perlulah sampai menutup wajah hingga hanya menampakkan mata…tlg lah sy wahai ummu……..bantu sy…..

  16. Wa’alaykum salam wbh Siti,

    Siti yang dikasihi Allah,

    Sayu rasa hati Kak Nur membaca permasalahan Siti. Sebelum itu, Kak Nor mohon maaf sebab terpaksa ringkaskan nama Siti untuk kebaikan Siti sendiri.

    Insya Allah, Kak Nur akan hubungi Siti melalui email.

    Jika ada pembaca yang mahu berikan pendapat, dipersilakan.

    Wassalam.

  17. Posted by siti on Julai 30, 2009 at 11:14 pm

    semoga kak nur dilimpahi rahmat Ilahi…sy akan terus setia menanti jawapan pd persoalan2 ini….

  18. Posted by nurul muhamad on Ogos 17, 2009 at 6:55 am

    assalamualaikum,k.nor.
    sy nk tny soalan ttg solat jama’ & qasar.
    mgg lps sy ad menyertai program di p.pinag selama 5 hari..( 11-16/8).
    boleh ke sy buat solat jama’ & qasar semasa sy berada disana?
    ape yg sy tahu, sy boleh buat solat jama’&qasar hanya untuk 3 hari shj.
    hari ke-4 & ke-5 disana sy kena buat solat sempurna mcm biasa..
    betol ke pemahaman sy k.nor?

    Wa’alaykum salam warahmatullah Nurul,

    Iya, apa yang Nurul fahami itu adalah betul yakni dibenarkan solat jama’ dan qasar untuk tempoh 3 hari sahaja. Pada hari ke 4 dan ke 5, solat perlu dilakukan sempurna seperti biasa. Ia merupakan pendapat sebahagian fuqaha’. Pendapat ini diamalkan oleh ummat Islam di Malaysia.

    Wallahua’lam.

  19. Posted by ramlah on Ogos 24, 2009 at 9:50 pm

    Assalamualaikum UmmuAbbas,

    Saya ada soalan mengenai puasa.. betulkah wanita yang datang bulan tetap tidak boleh makan dan minum dibulanRamadan atau dibenarkan makan dam minum seperti biasa?
    sekian, terima kasih…

  20. Wa’alaykum salam wbh,

    Perempuan yang sedang haid dan nifas tidak harus berpuasa. Mereka boleh makan minum seperti biasa dan diganti puasa tersebut pada hari-hari suci selepas bulan Ramadan. Cuma mereka seharusnya mengelakkan makan minum di hadapan umum atau ahli keluarga yang berpuasa bagi menghormati mereka.

    Wallahua’lam.

  21. Posted by ramlah on Ogos 25, 2009 at 3:13 am

    Assalamualaikum..

    Terima kasih atas jawapan ummuAbbas….. Saya ada satu lagi soalan, anak saya berumur 11 tahun dan sudah datang bulan.. anak saya tak tahu cakap melayu … saya cuba mengajar anak saya mandi hadas besar selepas dia suci dari haid.. bolehkah kalau saya ajar dia niat mandi hadas dalam bahasa Inggeris? apakah niat seperti ” i take a bath because of the period because of Allah Taala” itu sah digunakan? Terima kasih…

  22. Wa’alaykum salam Puan Ramlah,

    Sah niatnya. Niat dalam bahasa apa pun boleh puan asalkan kita memahaminya. Niat mandi wajib atau mengangkat hadas besar kerana Allah taala.

    Hanya bacaan dalam solat yang mesti dalam Bahasa Arab.

  23. Posted by adauwiyah on Ogos 31, 2009 at 6:36 am

    Assalamualaikum k.nur.semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.
    Baru2 ni ada seorang sahabat bertanya kepada saya adakah sah solat sunat yang ditunaikannya (solat witir@tahajud etc) jika dia melakukan selepas bersahur dan ketika sedang solat ,azan subuh berkumandang?Boleh K.nur bantu saya menjawab soalan sahabat ini.

    Wa’alaikum salam wbh Adauwiyah,

    Sah solat sunatnya.

  24. Assalamualaikum kak,

    saya pernah ikut kelas fikah dengan kak..saya ingat kak cakap kalau perempuan dia kena check sebelum nak ambil wuduk. maksud saya berkenaan air wadi. perlu bersihkan sebelum ambil wuduk.

    yang saya tengok ada kawan2 yang bila tidak rasa nak buang air kecil terus ambil wuduk tanpa memeriksa samada ada kotoran itu ada atau tiada. mungkin juga mereka tidak mudah keluar air wadi seperti sebilangan perempuan yang mudah sangat keluar air wadi walaupun hanya berjalan sekejap. mungkin juga ada yang tidak tahu akan hal ini. saya ada kawan yang gelakkan saya bila saya beritahu tentang ini. saya agaklah mungkin dia tak tahu.

    boleh kak nur jelaskan lagi hal ini? terima kasih.

  25. Posted by bezita on September 29, 2009 at 4:51 pm

    assalamualaikum k,nur..

    saya ada masalah la k,nur tentang pembelajaran,saya tidak tahu macam mane hendak dicakapkan,saya memang lemah dalam pembelajaran,tiap2 kali saya hendak belajar memang selalu je xjadi,pada mulanya niat memang ada nak study sendiri,tp tak tahu tibe2 je tak jadi nak stdy sendiri,bila exam saje,saya selalu gagal,xpnh pun lulus,memang saya jelas tengok kawan2 yang lulus dalam setiap kali exam,tak tahu k,nur,,nape selalu jadi macam ni kat saya,,,,tolong saya k,nur,beri saya tunjuk ajar dan pendapat,saya memang dh runsing sangat k,nur,,,,,

  26. Posted by insan dilema on Oktober 3, 2009 at 4:41 pm

    Assalamualaikum K.nur.. Di sini sy ada beberapa persoalan mengenai tanggungjawab anak lelaki (sudah berkahwin) kepada kedua ibu bapa dan tanggungjawab suami kpd isteri & anak2..
    Buat pengetahuan K.nur, sy telah bekerja di negeri P hampir 2 tahun dan suami di negeri K. Sudah 4x minta transfer blk ke kg, tp x diluluskan. Disebabkan kerumitan untuk transfer, sy meminta suami berpindah ke negeri P. Sampai bila sy harus berjauhan dgn suami & anak sulung sy. Di sini sy hy tinggal dgn anak ke2 yg masih kecil, & tiada saudara mara utk bergantung harap utk meminta pertolongan jika berlaku kecemasan.
    Persoalan sy ialah:-
    1) Jika seseorg lelaki itu telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.. Adakah keutamaannya masih kpd kedua ibu bapa. maksud sy di sini, adakah menjadi tanggungjawab anak lelaki sepenuhnya menjaga kedua ibu bapanya sehingga sanggup membiarkan isteri & anak tinggal sendirian?

    2) Adakah berdosa seorang isteri jika meminta suaminya tinggal bersama/ berpindah mengikut isteri, sedangkan suami seolah2 keberatan utk berbuat demikian. Alasannya ingin menjaga kedua-dua orang tuanya? Adakah di dalam Islam, lelaki yg sudah berkahwin blh meninggalkan/ membiarkan isteri & anak2 demi menjaga kedua-dua org tuanya. Sedangkan di kg, adik-beradik suami tinggal berdekatan dgn rumah ibu bapanya ie hy kira-kira 200m shj.

  27. PENGUMUMAN

    MULAI HARI INI 16 SYAWAL 1430H BERSAMAAN 5 OKTOBER 2009, SAYA MENUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU RUANG KONGSI MASALAH INI.

    SAYA INGIN MEMBERI RESPON KEPADA PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB SEJAK BEBERAPA LAMA.

    MOHON MAAF DI ATAS KEUZURAN SAYA MEMBANTU SAUDARA/SAUDARI SEMUA.

    DOAKAN SAYA AGAR SENTIASA ISTIQAMAH DI ATAS JALANNYA DAN DIBERI KEKUATAN UNTUK TERUS MENYUMBANG KEPADA UMMAH.

    SEGALA KEKURANGAN HARAP DIMAAFKAN.

    WASSALAM.

    UMMU ABBAS
    Tuan Rumah ISLAM ITU INDAH

  28. Posted by Azlina on Oktober 8, 2009 at 12:31 pm

    Assalamualaikum….. Kak nur..
    Saya baru kehilangan kereta Waja plat no AFC 22 di Ipoh Perak
    Tarikh kereta saya hilang pada 15 syawal 1430 bersamaan 4.10.09 jam 1.45 am
    Mohon jasa baik kak Nur untuk kongsi idea bagaimana untuk dapatkan semula kereta tersebut.

  29. Salam Wan Nor Ainon, mungkin ini membantu sesiapa yang mempunyai masalah tidak kira samada berkaitan feqah, ibadah, rumah tangga atau pendidikan anak-anak. Sila berkunjung ke Halaqahnet,
    http://halaqah.net/v10/index.php untuk bertanya masalah dan berkongsi masalah.

    Ummi Munaliza
    ADMIN Halaqahnet.

    Wa’alaikum salam wbh Ummi Munaliza. Terima kasih atas kunjungan dan jejak yang ditinggalkan. Saya pernah juga ke halaqah.net dan insya Allah moga ia membantu ramai yang memerlukannya.

  30. Posted by adauwiyah on Oktober 19, 2009 at 3:39 pm

    Assalamulaikum K.Nur…Saya nak minta cadangan daripada K.Nur ..Saya akan bermusafir dengan keretapi dan ia melibatkan waktu solat subuh..Ini pengalaman pertama saya menaiki keretapi.Menurut kawan2 yang pernah menaikinya, tidak semua gerabak mempunyai bilik air untuk mengambil wudhu’..Boleh K.Nur cadangkan bagaimana caranya saya hendak menunaikan solat dari segi nak berwudhu dan dari segi kiblat?

    Wa’alaikum salam wbh,

    Cara mengatasinya adalah seperti berikut;

    1. Perlu usahakan mencari air di gerabak yang mempunyai air, jika mampu berbuat demikian.
    2. Bawa bekalan air sendiri untuk digunakan mengambil wuduk. Setakat pengalaman Kak Nur, segelas air mencukupi untuk digunakan berwuduk. Caranya ialah membasuh anggota wuduk yang wajib dibasuh sahaja dan dengan sekali basuhan bagi setiap anggota wuduk.

    Anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah;

    Muka/wajah.
    Dahi/sebahagian kepala.
    Lengan dari siku hingga pergelangan tangan.
    Kaki hingga ke buku lali.

    Jika segelas air mencukupi untuk berwuduk yang wajib, maka sebotol kecil air lebih dari mencukupi. Jadi bawa bekalan sebotol kecil air untuk berwuduk.

    3. Cara-cara solat ialah;

    Jika mampu berdiri, maka hendaklah berdiri.
    Jika tidak mampu, solat duduk di atas kerusi.

    Jika tahu arah kiblat, hendaklah mengadap kiblat jika mampu.
    Jika tidak mampu mengadap kiblat, maka hendaklah niat mengadap kiblat dan solat seperti biasa.

    Solat sah serta tidak perlu diulangi.

    Wallahua’alam.

    Ummu Abbas
    5.34pm
    1 Zul Qi’dah 1430H

  31. Posted by gie on November 5, 2009 at 3:22 am

    assalamualaikum…

    kenapa semakin kita cuba untuk dekatkan diri kepada Allah, makin bnyak dugaan untuk kita…

    saya sedaya upaya untuk menjaga solat, mengaji.. dan saya bukannlah suka bersosial..
    saya seorang student IPTA..

    tapi, saya sedih.. saya masih tidak boleh mengawal dugaan nafsu.. hingga mlakukan dosa.. memuaskan nafsu sendiri… :(

    saya takut akibat perbuatan saya itu, amalan yang saya lakukan selama ini terhapus…

    saya benar2 menyesal dan bingung..

    Wa’alaikum salam Gie, Insya Allah, akak cuba respon secepat mungkin. Tiadalah yang menyabarkan dirimu melainkan Allah jua.

Balas kiriman ini