
Di apartment, Meehan Street, Sydney
Anak ke 6 dari 9 adik-beradik kepada Wan Abdullah bin Wan Ahmad bin Wan Ali bin Wan Abbas bin Wan Alias. Setakat itu sahaja tahu nama moyang.
Menurut cerita Ma, Ma meminta nasihat dari anak sepupu Abah yang pandai Bahasa Arab untuk cari nama saya.
Alkisahnya, dua pupu saya itu mencadangkan nama ‘cahaya mata’ kepada saya yang masih bayi. Ma dan Abah menerimanya. Jadilah nama saya Wan Nor Ainon dalam ejaan Melayunya. Kalau dalam ejaan dan lafaz Arab ia disebut Nurul Ain.
Menjadi tradisi Arab menisbahkan seseorang wanita bergelar ibu kepada nama anak lelaki sulung. Tradisi itu turun temurun dari zaman jahiliyyah dan diguna pakai selepas fasa kedatangan Islam. Ia tidak menjadi kesalahan. Bahkan tradisi Arab itu adalah untuk memberi penghormatan kepada wanita yang sudah bergelar ibu. Oleh kerana saya pernah mendiami bumi Anbiya’@ tanah Arab serta bergaul dengan masyarakat Arab selama lebih kurang 5 tahun, saya rasa selesa mengambil gelaran sempena nama anak sulung saya, Ahmad Abbas Zainy. Jadilah gelaran saya ‘ummuabbas’.
Dua pupu saya itu sekarang sudah berbesan pula dengan Abah dan Ma saya. Hubungan kekeluargaan bertambah rapat.
Saya memilih kerjaya surirumah, penulis, pengedar buku sambilan {SABA Islamic Media, PTS, Al-Hidayah dll} dan sukarelawan dalam masyarakat khususnya berkenaan hal ehwal wanita. Pilihan saya ini sesuai dengan jiwa saya dan Allah telah memudahkan saya untuk menjadi seperti apa yang saya minat dan mahu.
Bekas pelajar Maahad Muhammadi Lilbanat, Kota Bharu. Sambung belajar di Akademi Islam Nilam Puri sekejap. Lepas 2 bulan, terbang ke Amman, Jordan. Belajar di Fakulti Syariah, University of Jordan, Amman dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Alhamdulillah pulang ke tanah air 1997. Selepas kahwin, sambung belajar di Universiti Malaya di peringkat Sarjana dalam bidang yang sama [pengkhususan Kehakiman Islam]. Alhamdulillah tamat pada tahun 2004.
Sekarang, sedang mengintai peluang menyambung pelajaran di peringkat PhD. Insya Allah, sekiranya ia baik untuk dunia dan akhirat saya, moga Allah lapangkan jalannya buat saya.

Wan dengan cicitnya, Aqil
Update maklumat: 6 Julai 2009/13 Rejab 1430H
MAKLUMAN:
Email saya ummuabbas@yahoo.com telah dicuri orang semalam dan pencuri telah menggunakan alamat email tersebut dengan menghantar email spam kepada kawan-kawan saya. Dengan ini, mulai hari ini saya tidak lagi menggunakan email tersebut sebab saya sendiri pun sudah tidak boleh masuk.
ummuabbas
12 Julai 2009
UPDATE:
Alamat email baru saya ialah: ummu_abbas@ymail.com
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita dikembalikan.
Moga Allah sabarkan dan lapangkan hati saya menerima musibah kecurian email ini.
Harap maklum.
26 Julai 2009






Posted by fina on Februari 12, 2009 at 7:02 am
salam
saya ada terbaca permasalahan muslimah diblog akak.bole saya dapat email atau apa saja yg membolehkan saya mhubungi muslimah?terima kasih ya kakak.moga allah merahmati kita semua.aminnn
Posted by ummuabbas on Februari 13, 2009 at 10:59 am
Assalamu’alaykum!
Akak baru sahaja hubungi Muslimah untuk mendapatkan izin darinya. Akak akan maklumkan sebaik sahaja mendapat respon darinya. Terima kasih atas keprihatinan Fina.
Posted by ummuhakim on Mac 7, 2009 at 1:53 pm
assalammualaikum ummuabbas,saya baru saja jadi pengikut blog ini.saya juga seorang surirumah,4 org anak(semua lelaki) dan sedang mencari2 blog yang berkisar tentang pendidikan anak2 dan pengalaman menjadi ibu.semoga sudi menjadi rakan berbual dan berbincang demi anak2 soleh yang kita sama2 impikan.
Posted by ummuabbas on Mac 7, 2009 at 3:04 pm
Insya Allah. Sudilah ummuhakim titipkan pengalaman bersama saya di sini.
Ahlan wasahlan.
Posted by ummuhakim on Mac 7, 2009 at 10:43 pm
assalmmualaikum ummu abbas,masih di malaysia atau sedang merantau di negara orang?
Posted by ummuabbas on Mac 8, 2009 at 4:21 am
Wa alaikumsalam wbt. Sekarang di Kelantan.
Posted by tsaqif on Mac 17, 2009 at 9:07 am
salam ziarah
Posted by ummuabbas on Mac 18, 2009 at 5:24 am
tsaqif,
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum!
Posted by ummu ameeen on Mac 21, 2009 at 2:54 am
assalamua’laikum. saya dpt blog akak dr blog kakchik keluargaku sayang.boleh saya addkan blog akak dlm blog saya?
Posted by tarabas on Mac 21, 2009 at 5:05 am
Terima kasih
Posted by ummuabbas on Mac 21, 2009 at 7:04 am
ummu ameen,
Dipersilakan. Moga amal ini termasuk dalam sedekah jariah kita di akhirat kelak.
Posted by Azie on Mac 24, 2009 at 3:57 pm
Assalamualaikum.
Salam perkenalan, saya minta maaf kerana tidak meminta izin terlebih dahulu kerana telah copy and paste sedikit apa yang dipaparkan diblog saudari ke blog saya. tujuan saya adalah untuk berkongsi dan mengembangkan lagi ilmu tersebut dengan rakan-rakan lain. Untuk pengetahuan saudari, saya baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia blogger ni dan masih banyak yang perlu saya belajar. Tujuan blog saya adalah untuk berkongsi ilmu dan juga sebagai tempat berdakwah. Semoga saudari memaafkan kesilapan saya kerana ‘mencuri’ paparan blog saudari dan seterusnya memberi izin kepada saya untuk mengetengahkan isu-isu paparan saudari.
Posted by ummuabbas on Mac 25, 2009 at 3:44 am
Azie,
Saya telah memberi izin melalui nota di sebelah artikel. Cuma diharapkan ukhti dapat sertakan rujukan link ini kerana saya bertanggungjawab penuh terhadap tulisan saya. Ia juga membantu para pembaca menghubungi penulis asal bila terdapat sebarang persoalan.
Jazakillah atas perkongsian.
Posted by Azie on Mac 26, 2009 at 1:59 am
Terima kasih atas kesudian perkongsian ilmu. InsyaALLAH saya akan masukkan link ini. Untuk pengetahuan saudari, saya akan berhijrah ke tanah arab tak lama lagi. Saya sangat berharap agar tujuan penghijrahan ini untuk mendapat kebaikan dan keberkatan hidup dunia-akhirat akan termakbul. Semoga segala impian dan cita-cita kami akan dimakbulkan-NYA InsyaALLAH. Saya akan jadikan link ini sebagai rujukan kemusykilan yang timbul. Terima kasih sekali lagi.
Wassalam
Posted by ummuabbas on Mac 26, 2009 at 3:07 am
Tahniah diucapkan. Saya berharap tempat saudari akan pergi nanti dikelilingi suasana (biah) solehah.
Kalau Azie tidak keberatan, boleh sebutkan negara mana yang saudari akan berhijrah?
Selain Jordan sebagai tempat saya belajar, saya pernah ziarah Syria, Mesir dan Saudi. Dubai dan Beirut menjadi lokasi transit semasa mahu pulang ke Malaysia.
Saya akan berusaha memenuhi sebarang persoalan setakat yang saya mampu.
Selamat berhijrah
Posted by Azie on Mac 26, 2009 at 2:13 pm
Saya sekeluarga akan menetap di Doha, Qatar. Cari rezeki kat sana, semoga rezeki yang diperolehi diberkati oleh-NYA insya ALLAH. Dan semoga diri kami sekeluarga juga akan berhijrah dari semua segi ke arah hidup yang diredhaiNYA . Suami dah ada kat sana. Azie dan anak mungkin pertengahan april kot, InsyaALLAH
Posted by LeeN on Mac 30, 2009 at 5:30 am
Assalamualaikum akak… =)
saya punya bbrp soalan yang ingin ditanya pada akak mengenai niqab… bagaimana ya utk dpt email akak?
terima kasih ya =)
Posted by ummuabbas on Mac 30, 2009 at 7:28 am
Wa’alaykum salam wbh,
LeeN,
Ahlan wasahlan.
Akak sudah update maklumat di atas dengan menyertakan email.
Harap maklum.
Sama-sama.
Posted by achiksolehah on Mac 31, 2009 at 4:21 am
assalamualaikum. salam ziarah kpd ummuabbas…
Posted by ummuabbas on Mac 31, 2009 at 6:52 am
Wa”alaykum salam wbh.
Ahlan wasahlan achiksolehah!
Selamat berukhuwwah.
Posted by kak Zai on Mac 31, 2009 at 12:39 pm
Salam
Tahniah! I like ur blog..keep up the good work!
K.Zai KB
Posted by ummuabbas on Mac 31, 2009 at 3:37 pm
Selamat datang Kak Zai. Terima kasih atas dorongan.
Teringat pada pesanan Tok Guru dalam salah satu kuliahnya tentang pentingnya berjihad melalui mata pena.
Ana hanya memanfaatkan peluang yang Allah kurniakan untuk mengisi salah satu medan perjuangan fisabilillah.
Realitinya, mana-mana cabang jihad di jalan Allah tetap ada bebannya yang berat untuk dipikul.
Wallahua’lam.
Posted by MisSHazZi on April 7, 2009 at 7:34 am
salam ziarah buat ummuabbas..
sy dapat link akak dr tapak web mmp..
semoga terus bergiat dalam usaha anda mengembangkan dakwah melalui blog..
doakan sy jugak yer..(junior anda, ex-mmp spm 2007)
Posted by ummuabbas on April 8, 2009 at 2:22 am
Salam’alayki MisSHazZi,
Terima kasih sudi ziarah blog akak. Insya Allah, sama-sama kita meriahkan dunia blog dengan dakwah ilallah.
Posted by Azie on April 11, 2009 at 1:28 am
Saya ada satu kemusykilan berkaitan dengan solat. Perjalanan rumah ke tempat kerja suami mengambil masa kira-kira 2jam dengan kenderaan yang disediakan majikan. Dia bekerja syif, untuk syif siang tiada masalah dengan jadual solat. tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkenaan solat maghrib dan isyak apabila dia bertugas syif malam.
Dia bertolak awal sebelum masuk waktu maghrib dan akan sampai ke tempat kerja setelah masuk waktu isyak…bas yang dinaiki tidak berhenti untuk menunaikan solat. Adakah suami mesti sembhayang maghrib didalam bas atau dibolehkan jama’, walaupun telah sampai ke destinasinya ?
Posted by ummuabbas on April 11, 2009 at 2:40 am
Azie,
Kalau jarak perjalanan melebihi 2 marhalah, boleh jamak di tempat kerja.
Sekiranya tidak mencukupi 2 marhalah, boleh solat Maghrib di atas bas dengan kaedah solat secara duduk atas kerusi.
Wallahua’alam.
Posted by Azie on April 11, 2009 at 6:52 am
Ok, terima kasih..nanti ada apa-apa soalan azie tanya lagi. Wassalam
Posted by mama_iman on Jun 18, 2009 at 2:42 am
assalamualaikum..salam perkenalan. saya orang baru kat sini.saya tertarik hati dengan info-info yang ada kat sini. semua menarik.
Posted by ummuabbas on Jun 18, 2009 at 3:45 am
Wa’alaykum salam warahmatullahiwabarakatuh,
Salam ukhuwwah fillah mama iman,
Ahlan wasahlan.
Sama-sama kita berkongsi pendapat dan saling memberi teguran membina.
Saya hanya insan lemah yang diberi amanah oleh Allah untuk berkongsi ilmu dengan ummah.
Hamba yang fakir,
Ummu Abbas
Posted by ummuafiq on Jun 28, 2009 at 2:13 pm
Assalammuaalaikum ummuabbas, cantik template baru !
Posted by ummuabbas on Jun 29, 2009 at 1:54 am
Wa’alaykum salam warahmatullah.
Terima kasih.
Saya baru jumpa template ini dalam wordpress. Lama sudah tidak jenguk bengkel blog ini.
Saya pun rasa lebih selesa dengan template baru ini.
Latar hijau yang mendamaikan.
Saya terpaksa bersabar dengan template sebelum ini walaupun rasa kurang selesa kerana tiada alternatif yang lebih baik.
Alhamdulillah. Sudah menemui yang serasi dengan jiwa saya.
Wassalam.
Posted by ummuafiq on Julai 19, 2009 at 4:11 am
Dah ada e-mail baruke?
Posted by Abu Yahya on Julai 25, 2009 at 2:09 pm
بسم الله الرحمن الرحيم
Masukan untuk ukhti fillah Ummu Abbas dan kaum muslimin… سددهم الله
Perhatikan dalam memilih font (huruf) dalam tulisan, jangan pilih font yang huruf “t”nya berbentuk ” salib “, itu jelas merupakan bagian syi’ar-syi’ar nasrani yang tersembunyi.
Rubahlah font tulisan yang ada dengan font lain selagi masih ada kesempatan.
نسأل الله التوفيق والسداد
Akhukum,
AbuYahya Indonesiy
Posted by anak_felda on Ogos 6, 2009 at 12:06 am
sonok la duk cini..nak add bleh kak?
Posted by ummuabbas on Ogos 6, 2009 at 1:09 am
Alhamdulillah, dipersilakan anak_felda.
Posted by sofie on Ogos 7, 2009 at 8:38 am
assalamu’alaikum… salam kenal dari indonesia.
keep up blogging. may i add ur id in my list?
syukron
Posted by ummuabbas on Ogos 7, 2009 at 5:47 pm
Wa’alaykum salam wbh,
Sofie ukhtie fillah,
Salam ukhuwwah. Dipersilakan.
Moga memberi manfaat di dunia dan akhirat.
Amin.
Posted by sofie on Ogos 10, 2009 at 6:50 am
assalamu’alaikum, shukraan atas reply-nya. saya minta izin untuk tautkan (add link) blog kakak di blog saya ya…. Terimakasih sebelumnya.
Posted by Murnihati on Ogos 23, 2009 at 12:52 pm
Salam kak, akak ada cuba dapatkan balik tak email tu..ummuabbas@yahoo.com tu, maybe si pencuri belum menukar soalan secret.. tadi saya cuba Yahoo Password Helper..soklan pertama dimanakah anda berbulan madu? try la kak ye..sayangnyer kalau hilang email..lebih2 lagi kalau email tu dah lama digunakan..
Posted by Murnihati on Ogos 23, 2009 at 1:34 pm
kak Nur, letak la Follower ke MyBlogLog ke, leh saya jadi follower akak..
Naper kak Nur tk letak ShoutMix,ShoutBox,lebih senang berinteraksi kan.. cadangan jer..
Posted by ar-rijal001 on September 24, 2009 at 11:08 am
salam ziarah
Posted by muhammadridwanto on Oktober 13, 2009 at 2:18 am
salam ziarah
Posted by Illiyyuun on Oktober 14, 2009 at 4:33 pm
salam..macamana nak jadi follower blog ni ye…syukran…(maaf saya tak tau nak tanya di ruang mana,cari cbox x jumpe, dah lama saya melayari blog ni tapi tidak meninggalkan jejak…salam ukhuwwah dari saya…
Ahlan wasahlan Illiyyunn (sedap nama ini:))… insya Allah sedang diusahakan follower dan chatbox tu..
Posted by Illiyyuun on Oktober 15, 2009 at 12:28 pm
Salam…illiyyuun nama samaran je
Nama betul boleh panggil Ros je…saya mintak izin link blog akak ye…syukran.