Assalamu’alaikum wbh,
Setelah tempoh dua tahun berlalu, akhirnya cawangan SABA ISLAMIC MEDIA (selepas ini disebut SABA) secara francais akan dibuka di Kelantan. Tempoh dua tahun itu Puan Saba berikan peluang kepada kami menjadi franchisee namun saya dan suami belum diizinkan Allah untuk berbuat demikian. Selaku salah seorang pengedar SABA di Kelantan, kami dijemput menghadiri majlis perasmian [...]
Arkib bagi Bulan Oktober 2009
31 Okt
Jemputan Ke Pembukaan SABA ISLAMIC MEDIA di Kelantan
29 Okt
Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang
Petang semalam saya hadir majlis pertunjukan fesyen Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Kota Bharu. Majlis ini diadakan secara tertutup untuk wanita sahaja. Seronok dan menenangkan bila segala apa yang dibuat menepati kehendak syariat.
Saya masukkan foto-foto dahulu. Ulasan lanjut akan menyusul kemudian.
Pengacara majlis ialah Syarifah Nur dari [...]
28 Okt
Tip Elak diPukau
Pukau biasanya menggunakan jin.
Pendindingnya ialah membaca ayat Kursi dengan 9 kali wukuf (tempat berhenti bacaan). Amalkan baca dua kali sehari yakni pagi dan malam terutama semasa mahu tidur.
Bacalah dengan faham maksud ayat-ayat tersebut dan menghayati sepenuh hati serta yakin dengan Allah. Insya Allah, ayat Kursi ini bukan sahaja menjadi penjaga dari dipukau, bahkan banyak lagi [...]
25 Okt
Mahu rawat resdung, dara yang hilang
Seorang ibu membawa anak gadisnya berjumpa bomoh resdung. Bomoh itu menggelarkan dirinya Bomoh Muda. Kedua beranak itu membayar lebih RM300 untuk membuat rawatan resdung. Bomoh itu segera menunaikan kewajipannya.
Keesokan harinya, Bomoh Muda menelefon si gadis, “Saya akan buat rawatan susulan secara percuma tapi tolong duduk jauh sikit dari ibu. Saya lihat ibu adik seorang yang [...]
21 Okt
Spesis ISA dalam PAS
Aminah sedang memvakum karpet di rumahnya. Segala debu terbang menghuni di dalam beg kotoran. Satu ketika, Aminah melihat kotoran masih tersisa di atas lantai. Puas disedutnya namun hampa. Aminah melihat alat penyedut. Rupa-rupanya terdapat banyak rambut melekat yang menghalang kotoran lain disedut melaluinya. Aminah membuang rambut-rambut itu dan meneruskan semula kerja membersih.
*******************************
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا [...]
19 Okt
Tentang Solat Jamak
Salam’alaikum kak,
Saya menetap bersama suami di Kuala Lumpur (KL). Saya dapat sambung master 4 tahun; Setahun di Pulau Pinang dan 3 tahun di KL. Untuk tahun pertama, saya tinggal di Pulau Pinang bersama ibubapa. Setiap Jumaat saya balik ke rumah suami. Bolehkah saya Solat Jamak pada hari Sabtu dan Ahad? Atau tidak boleh kerana rumah [...]
17 Okt
Dari Lubuk Hati Ibu- Untuk anak remaja
Semalam saya mendapat panggilan dari sahabat, Kak Cik yang memberitahu tentang perkembangan karya bersama kami, “Dari Lubuk Hati Ibu”. Buku itu dilamar oleh sebuah syarikat penerbitan terkenal di negara ini. Antara perkara yang menyeronokkan bagi penulis ialah apabila karyanya dilamar penerbit. Alhamdulillah.
Biasanya penulis bersusah payah mencari penerbit. Itu pun bukan mudah mencari penerbit untuk sesebuah [...]
17 Okt
Kronologi Isu Purdah yang membabitkan Syeikh Muhammad Tantawi
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan [...]
13 Okt
Mat Rock Ajak Dating
Suatu hari saya menziarahi seorang kawan baik di Kota Bharu. Aini, seorang saudara saya menemani saya. Saya rapat dengan dia waktu itu kerana dia juga tinggal berjiran. Apatah lagi usianya hanya tua setahun dari saya.
Hari itu saya memakai jubah berwarna hitam berbunga batik di bahagian kaki dan bertudung hijau. [...]
12 Okt
Bila anak tidak mendengar kata…
Azie
Submitted on 2009/06/12 at 10:12am
Assalamualaikum.
Semoga Ummu Abbas cepat sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Azie ada soalan yang berkaitan dgn pendidikan anak menurut Islam. Azie ada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang berusia antara 5-12 tahun. Yang menjadi masalahnya mereka sukar mengikut cakap Azie. Mereka lebih mendengar kata-kata orang lain walaupun [...]
5 Okt
Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah
Artikel di bawah sudah lama tersiar di blog-blog lain. Sahabat saya, Chik memberitahu di dalam blognya, http://keluargakusayang.blogspot.com ianya disiarkan oleh akhbar Sinar Harian versi Kelantan. Saya paparkan di sini untuk simpanan saya dan berkongsi bersama pembaca yang belum mengetahuinya.
Belajar dari pengalaman orang lain begitu mengesankan. Ia sebuah filem realiti dan watak yang realiti, bukannya ilusi [...]
5 Okt
Tip Cerdas Minda Cara Islam
Assalamualaikum k,nur..
Saya ada masalah la k,nur tentang pembelajaran,saya tidak tahu macam mane hendak dicakapkan,saya memang lemah dalam pembelajaran,tiap2 kali saya hendak belajar memang selalu je xjadi,pada mulanya niat memang ada nak study sendiri,tp tak tahu tibe2 je tak jadi nak stdy sendiri,bila exam saje,saya selalu gagal,xpnh pun lulus,memang saya jelas tengok kawan2 yang lulus dalam [...]
4 Okt
Santai: Ruang Jemur Kain 3 Dalam 1
Penat dan letih menjadi Doktor Rohani tidak mengira masa. Saya mahu santaikan diri saya dan blog saya dari isu berat. Kalau doktor jasmani tidak dapat lari dari masalah kesihatan diri. Begitu juga saya. Ada masa saya mahu rehatkan minda dan emosi saya dari memikirkan masalah ummah bila merasakan diri saya lemah. Allah mahu ingatkan [...]
1 Okt
Poligami: Perkara yang isteri perlu fikirkan
Assalamu’alaikum warahmatullah kepada semua pembaca dan khusus buat Ibu Anas dan Abu Hurairah,
Saya mengucapkan jazakumullah kepada dua sahabat ini yang sudi berkongsi ilmu dan pandangan di sini. Saya amat-amat menghargainya. Pandangan sahabat berdua banyak menolong meringankan minda dan perasaan saya yang sedang diuji dengan permasalahan poligami rakan-rakan. Saya sendiri mencari pencerahan untuk menambah lapang dada [...]






Buah Tangan Tetamuku