Assalamu’alaykum para pembaca semua khususnya buat wanita yang sedang hamil atau suami yang isterinya sedang hamil. Saya ingin berkongsi doa yang sering saya amalkan setiap kali hamil. Kali pertama saya dapat doa ini, saya taip dan cetak. Kemudian saya tampal di dinding berhampiran tempat saya solat. Saya baca doa ini setiap kali selepas solat sehinggalah saya hafaz doa ini.
Para suami boleh hadiahkan doa ini untuk isteri tercinta yang sedang hamil.
Saya syorkan cetak doa ini dan laminate kertas doa agar dakwatnya tidak luntur bila terkena air. Ia juga boleh disimpan lebih lama untuk kehamilan seterusnya.
Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin.
Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.
************************************
اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي
وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا
اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا
اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا
اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ
الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya:






Posted by Food lover on Ogos 4, 2009 at 8:09 am
Salam’alaik..moga kak nur sihat dengan limpah rahmat olehNYA..ana nak kasi akak lang doa ni..ana bakal menimang anak buah 6 bulan lagi..anak buah yang ke6.insyaAllah
Posted by intanrh on Ogos 5, 2009 at 1:20 am
Salam. Alhamdullillah akak tak pernah alami masalah dalam melahirkan anak. Kedua-dua anak akak senang untuk dilahirkan. Sakit cuma sekejap. Masa mengandung pun selain daripada morning sickness, akak takde hadapi masalah2 lain.
Kepada ibu2 yg sedang mengandung, jaga pemakanan, jaga kelakuan dan rajin2 la baca Al-Quran.
Posted by su_zul on Ogos 5, 2009 at 6:20 am
salam kak.. mesti banyak petua akak kan.. share2 lagi tau kak.. dari sudut medik ke..hu3..jzkk kak^_^