Saya syorkan klik video di bawah sambil baca bingkisan ini kerana saya mendapat idea ini semasa mendengar halwa telinga Rindu PadaMu.
Bingkisan Ramadan
Teman,
Hidup adalah kerana cinta…
Cinta Tuhan pada dirimu…
Namun…
Sedikit sekali di kalangan hamba…
yang membalas cinta Tuhan
dengan cinta…
Cinta Tuhan dibalas tuba derhaka…
Sepuas nafsu mereka…
Teman,
Sekali [...]
Arkib bagi Bulan Ogos 2009
31 Ogo
Rindu Pada Mu
30 Ogo
Tip Mengelak Dijangkiti H1N1
Penulis: Dr Zakuan Zainy Deris
Kegiatan Sosial di Bulan Ramadan
Amalan-amalan dalam bulan Ramadan sebenarnya lebih bercorak kepada pembinaan individu. Puasa, qiamullail dan bertadarus al Quran semuanya untuk pembentukan individu. Objektif akhir Ramadan dan puasa adalah seperti yang disebut di dalam al Quran iaitu untuk membentuk individu yang bertaqwa.
Walaupun demikian, bagi umat Islam di negara ini, [...]
24 Ogo
H1N1: Apa anda perlu tahu?
Penulis: Dr Zakuan Zainy Deris
TANDA mengidap jangkitan Influenza A H1N1 kebiasaannya adalah demam, batuk, berhingus dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain.
Kebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat gejala ringan. Anggaran sekitar 10 peratus mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), [...]
22 Ogo
Kaedah Rawatan Moden: Batal Puasa atau Tidak?
Kaedah Perubatan Moden berhubung Perkara Yang Membatalkan Puasa
Beberapa rawatan yang melibatkan memasukkan sesuatu ke dalam rongga telah diputuskan oleh para fuqaha’ kontemporari. Fatwa ini turut dikeluarkan oleh Majlis Himpunan Fiqh Islam ke 10 yang bersidang di Jeddah, Saudi Arabia pada tarikh 23 hingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M).
Kaedah rawatan moden [...]
21 Ogo
Selamat Datang Ramadan!
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaykum,
Khusus untuk para pengunjung blog Islam Itu Indah,
Moga Ramadan 1430 menambah Indahnya Islam dan Iman di dada kita! Amin.
Maksud tulisan khat bersaiz besar (lebih kurang);
Semoga hubungan kamu dengan Allah lebih akrab sempena Ramadan ini!
Ummu Abbas
30 Syaaban 1430
10.15am
18 Ogo
Nur Madihah miliki banglo dalam usia 18 tahun
Abu Hurayrah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata,
“Tanda orang munafik ada tiga: bila berbicara, dia berdusta; bila berjanji dia memungkiri, dan bila diberi kepercayaan (amanah), dia berkhianat.”
Muttafaqun ‘alaih.
****************
Alhamdulillah, Nik Nur Madihah, Pelajar Terbaik SPM 2008 telah menerima kunci rumah bernilai RM130,000 di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa. Gadis berusia 18 tahun itu telah memiliki rumah [...]
13 Ogo
Jangan Lebih Lajak dari Laju
Assalamu’alaykum. Saya ingin beruzlah sementara waktu dari update blog ini kerana menumpukan perhatian pada menyiapkan buku. Bila masanya saya akan menyambung kembali tidak dapat dipastikan. Kalau ikutkan dateline buku itu perlu disiapkan pada 31 Ogos 2009.
Di bawah adalah satu artikel menarik yang serasi dengan pemikiran dan jiwa saya sendiri. [...]
11 Ogo
Ramadan- Indahnya Kedatanganmu
Assalamu’alaykum para pembaca yang dikasihi Allah,
Saya mempersilakan para pembaca menikmati halwa telinga ini bersama artikel Plan Ramadan untuk Anak-anak. Nasyid ini dalam Bahasa Arab. Mohon maaf kepada mereka yang tidak memahami Bahasa Arab. Namun melodinya masih lagi dapat dinikmati, insya Allah.
Semoga kita semua mendapat barakah dan rahmat Ilahi yang melimpah ruah pada Ramadan 1430 ini. [...]
11 Ogo
Plan Ramadan untuk Anak-anak
Abu Hurayrah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a. telah berkata,
“Ramadan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah swt telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu [...]
7 Ogo
Purdah: Hari Pertama Memakainya (update)
Saya rasa terpanggil lagi untuk bercerita tentang pengalaman saya pakai purdah setelah melihat perkataan carian mengenai PURDAH adalah yang tertinggi setakat ini dalam blog saya. Saya akan bercerita mengenai pengalaman sahaja dan tidak bermaksud mengemukakan hujjah ilmiah secara terperinci.
Dalam entri bertajuk ‘Kenapa Tutup Muka?’ sebelum ini saya maklumkan bahawa saya kurang berminat berbincang tentang perkara khilaf. [...]
6 Ogo
Nota: Siapa Gadis Intelek?
Pada tahun 2004, saya pernah hasilkan satu pamphlet berkenaan hijab wanita. Saya namakan ia Risalah Ringkas Hijab Wanita. Pamphlet itu dicetak di atas kertas bersaiz A4 dan boleh dilipat tiga. Saya cetak di atas kertas pelbagai warna.
Pamphlet ini adalah satu usaha dari nurani yang kasihkan wanita. Ia turut disebarkan oleh adik-adik yang prihatin dan dianugerahkan [...]
5 Ogo
Siapa Gadis Intelek?
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Amat Mengasihani
Risalah Ringkas Hijab Wanita
رسالة رغكس حجاب وانيتا
DEDIKASI
Duhai Puteriku,
Ku titipkan bingkisan ini buatmu…
Yang bernama gadis, perempuan dan wanita,
Atas nama Allah SWT…
Yang Menyintai dan Amat Mengasihaniku serta
Menyintai dan Amat Mengasihanimu
sepanjang hayat…
Jika … wahai puteriku,
Engkau dambakan sebuah cinta ;
yang mampu memenuhi kekosongan jiwamu,
yang mampu mengubati rasa rindumu,
yang mampu meresapkan ketenangan [...]
2 Ogo
Tip Hamil: Doa Agar Mudah Melahirkan Anak
Assalamu’alaykum para pembaca semua khususnya buat wanita yang sedang hamil atau suami yang isterinya sedang hamil. Saya ingin berkongsi doa yang sering saya amalkan setiap kali hamil. Kali pertama saya dapat doa ini, saya taip dan cetak. Kemudian saya tampal di dinding berhampiran tempat saya solat. Saya baca doa ini setiap [...]






Buah Tangan Tetamuku