
Connect-The-Dots Tattoo. Tatoo macam ini pun ada juga? Agaknya kertas tidak cukup.
Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.
Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.
Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.
Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.
Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Moral cerita:
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Jika inilah tahap polis Melayu, maka apa yang dihairankan polis berkelakuan seperti anjing membelasah rakyat tanpa belas semata-mata menurut kehendak tuannya. Sudah tentu bukan semua polis berkelakuan begitu.
Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo. Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan seperti mayat orang Islam juga. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
“Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo adalah haram dan berdosa besar. Ia tidak menyebabkan seseorang itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak.
Fikir-fikirkan.
Ummu Abbas
3.52pm
3 Rejab 1430H






Posted by ummuafiq on Jun 27, 2009 at 2:07 am
Selalu doa agar dipelihara aqidah, terutama anak-anak yang sentiasa menjadi tumpuan pendakyah agama lain di sekolah-sekolah…
Posted by Affuan on Jun 27, 2009 at 9:18 am
kelantan?
Posted by ummuabbas on Jun 27, 2009 at 9:53 am
Iya, di Kelantan.
Ada apa-apa yang pelik?
Posted by sharil azmi on Jun 27, 2009 at 5:22 pm
lps 2 myat 2 dtnam kt mn?..myat 2 islam o kristian?
Posted by samsul on Jun 27, 2009 at 6:00 pm
ambik jadi plajaran tuk kitorang yg masih hidup ni
Posted by ulujepai7003 on Jun 28, 2009 at 6:22 am
apa dh jadiii ngan mayat tuu.btul ker citer ni.klu bleh jgn aib kan org.klu dh tetengok smpn dlm hati utk pngajarn sndri.itu psl allah tnjk kt awk.uj7003.bkn di pbsrkn hal ini
Posted by ummuabbas on Jun 28, 2009 at 9:25 am
ulujepai7003,
Saya sudah sebut dalam entry kisah ini kisah benar. Sebab tidak mahu aibkan sesiapa maka nama sebenar dan lokasi spesifik tidak disebut. Saya adalah salah seorang yang Allah mahu berikan iktibar bila kisah itu sampai kepada saya walaupun saya tidak lihat sendiri. Saya juga tidak diberitahu nama si mati dan siapa keluarga si mati.
Tidak salah bercerita kisah benar seperti ini untuk pengajaran orang ramai, asalkan aib individu tetap dijaga.
Jika saudara perasan dan membaca al-Quran dengan faham, al-Quran banyak bercerita kisah-kisah benar untuk memberi iktibar kepada umat Nabi Muhammad s.a.w hingga ke hari kiamat. Kebanyakan kisah al-Quran tidak menyebut nama dan tarikh secara spesifik kerana nama dan tarikh itu tidak penting. Apa yang penting ialah ‘isu’ kepada kisah-kisah itu.
Nama-nama watak banyak disebut bila watak itu berperwatakan baik seperti para nabi, rasul dan orang-orang soleh.
Manakala watak jahat hanya segelintir disebut namanya seperti Abu Lahab dan Firaun. Firaun itu sendiri masih nama umum bagi raja Mesir waktu itu. Ada nama khusus pula bagi firaun-firaun.
Saudara boleh kaji lagi kitab-kitab tafsir kenapa segelintir watak jahat disebut namanya oleh Allah.
Juga bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh ummah hari ini bila bercerita tentang kejahatan seseorang.
Saudara boleh cek ayat-ayat al-Quran yang memerintah manusia supaya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku dan memberi iktibar kepada orang lain.
Saudara juga boleh rujuk tafsir apa yang dikatakan ‘mau’izhoh hasanah’ sebagai salah satu uslub dakwah.
Justeru itu tidak timbul masalah “bkn dipbsrkan hal ini’ sebagaimana ayat komen terakhir saudara.
Saudara boleh ambil iktibar jika saudara suka dan boleh tinggalkan jika tidak suka.
Semoga usaha saya ini dinilai oleh Allah sebagai amal jariah disisiNya. Saya tidak upaya melaksanakan hukum Hudud untuk mencegah murtad yang sangat berleluasa sekarang. Maka biarlah saya gunakan kebolehan menulis yang Allah pinjamkan ini untuk membantu dari sisi yang saya mampu.
Apa perasaan saudara terhadap muslim yang murtad? Dan apa usaha saudara untuk mengawalnya?
Terima kasih kerana sudi mengunjugi blog ini.
Ummu Abbas
Posted by Abd.Rahman on September 6, 2009 at 3:28 pm
Moga menjadi iktibar kepada kita semua…..
Posted by norhasim hamzah on Oktober 19, 2009 at 4:44 pm
ambil cerita ini sbagai…peingatan pada mereka yg sombong dan memperlekehkan islam