
BERBAIK... Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa bersalaman dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas satu perjumpaan khas diadakan di pejabat agung parti itu semalam. Nik Aziz berkata parti itu bersetuju untuk menolak polemik kerajaan perpaduan sepertimana yang diputuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. --fotoBERNAMA

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempat berjenaka dengan Timbalan Presiden parti Nasharudin Mat Isa (kanan) pada sidang media selepas satu perjumpaan khas diadakan di pejabat agung parti itu semalam. Nik Aziz berkata parti itu sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pemimpin atasan parti akibat permainan politik UMNO. -- fotoBERNAMA
Kedua-dua foto di atas disalin dari mStar Online.
Setelah hati ummah yang cintakan Islam digundah -gulanakan sejak beberapa hari yang lalu dengan isu Kerajaan Perpaduan, sampai jua saatnya hati yang nestapa kembali tenang apabila melihat pimpinan gerakan Islam di Malaysia ini bertemu penuh mahabbah dan rahmah. Iblislah raja pertama yang suka kepada perpecahan umat manusia. Lebih-lebih lagi di kalangan pendokong Islam. Melalui proksi yang dikenal pasti suka dengan idea perpecahan ummah, iblis memilih dan melantik staf-staf yang berkaliber untuk meneruskan agenda pecah dan perintah. Antaranya para pemimpin yang fasik, blog-blog terpilih, akhbar, radio, televisyen, tangan yang suka menyebar sms berbau fitnah dan provokasi serta lidah yang suka berpolemik tanpa hujjah yang pasti.
Alhamdulillah, berkat ketaqwaan yang ada pada ulama dan pemimpin, mereka segera kembali kepada Allah dan Rasul bagi menyelesaikan kebuntuan. Akhirnya, dengan sentuhan tangan yang bersalaman antara dua pemimpin ini, bertempiaranlah syaitan penuh benci dan menangis kecewa kerana gagal merobekkan ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin erat.
Saya teringat kembali kejayaan syaitan pertama sebaik Adam dan Hawa dicampakkan ke dunia ialah memutuskan ikatan persaudaraan antara Qabil dan Habil. Usaha memecah belah hubungan sesama manusia ini akan berjalan sehingga kiamat.
Di Sebalik Tawa Pemimpin, Hati Tertarik Pada Kopiah di Kepala
Alhamdulillah, selain hati tenang dan damai melihat senyuman manis di wajah kedua-dua tokoh pimpinan PAS ini, saya tertarik dengan imej Ustaz Nasaruddin yang berkopiah. Sejuk mata memandang dibandingkan imej dia tanpa kopiah. Kalau mampu berserban macam Nabi s.a.w lagi baik.
Dalam cerita sebelum ini, non-muslim mimpi jumpa Nabi s.a.w memakai serban dan jubah. Ia memberi maksud, hingga ke zaman alaf baru ini, imej dan syiar Nabi s.a.w yang berserban dan berjubah tetap relevan dengan suasana hari ini. Ia adalah sunnah dan syiar pakaian orang Islam dan bukan syiar pakaian Arab sahaja.
Begitulah yang sering saya dengar tentang cerita orang-orang yang bermimpi melihat Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w datang kepada mereka melalui mimpi dengan imej memakai jubah dan berserban.
Ada yang berpendapat mengabaikan pakaian sunnah kerana mahu memudahkan dakwah kepada non muslim. Pendapat itu mungkin sesuai untuk diaplikasikan pada sesetengah situasi (waqie) sahaja.
Dalam konteks negara Malaysia, melihat contoh Tok Guru Nik Aziz yang sentiasa berserban dan kebanyakan masa mengenakan jubah, sebagai tokoh politik dan pendakwah masakini, dengan imej tersebut TGNA tetap disegani pihak kawan dan lawan. Bahkan Tok Guru dikunjungi oleh pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk dunia yang belum beragama Islam, maka justifikasi apakah lagi yang kita ada untuk merasa segan menegakkan sunnah pakaian Rasulullah s.a.w.
Saya juga memerhatikan beberapa individu yang revert bangga dengan serban dan jubah walhal di kalangan mereka ada yang bekas paderi Kristian, warga Amerika dan lain-lain. Sejuk hati melihatnya dan saya bangga dengan mereka yang mengambil berat tentang sunnah.
Mungkin ada juga berpendapat, “Seganlah mahu pakai jubah serban. Kita bukannya alim pun. Kita juga bukan Ustaz atau belajar agama”.
Pada pendapat saya, sunnah pakaian tiada kena mengena dengan ilmu seseorang. Jika kita memakai serban dan jubah kerana mahu turut sunnah Nabi, maka kita sudah mendapat pahala untuk amalan tersebut meskipun kita masih jahil dalam banyak perkara. Perkara yang kita masih jahil tidak memberi kesan kepada pahala mengamalkan pakaian sunnah. Abaikan sahaja persepsi orang ramai yang menganggap bila memakai serban, tentunya mereka alim tentang agama.
Kita sentiasa diberi peluang oleh Allah untuk meningkatkan diri menjadi lebih baik sama ada dalam aspek keilmuan mahu pun akhlak.
Jika ada yang merasakan tidak layak berserban dan berjubah kerana tidak setaraf dengan Nabi s.a.w dan para ulama, maka usahlah mengamalkan sunnah-sunnah yang lain juga contohnya berkahwin ramai. Berpoligami lebih berat bebannya dibandingkan sekadar mengenakan pakaian sunnah.
Saya ingin bertanya pendapat pembaca khususnya lelaki.
Umumnya kita maklum tentang kewajipan isteri berpakaian indah dan menyenangkan hati suami. Sebenarnya suami juga harus menjaga penampilan yang memikat hati isteri. Dalam isu ini, sekiranya isteri suka melihat suaminya berjubah dan berserban namun suami tidak suka memakainya, apa yang harus isteri itu lakukan? Maksud saya, suami memakainya semasa mahu keluar rumah seperti ke masjid, bersiar-siar dan apa-apa situasi yang sesuai.
Sekadar perkongsian pendapat dan terima kasih jika ada yang sudi memberi pandangan.
Hamba yang faqir,
Ummu Abbas
11.21am
29 Jamadil Akhir 1430H






Posted by SuriUmmah on Jun 23, 2009 at 3:41 am
Alhamdulillah.. jubah, serban dan tudung labuh adalah harta termahal bagi semua yang pernah mengikuti siri tarbiah yang ampuh. Janganlah dijual harta yang paling mahal dan bernilai itu untuk alasan dakwah kerana cara pakaian juga adalah sebahagian dakwah. Berjubah, berserban dan bertudung labuh bukanlah lesen untuk merasa diri baik dan sempurna bahkan ialah pengawal yang sering mengingatkan masih banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.
Posted by ummuabbas on Jun 23, 2009 at 4:03 am
Betul SuriUmmah, saya ada pengalaman didekati oleh seorang gadis India memakai skirt dalam keadaan saya berjubah dan berpurdah. Nanti saya cerita bila tiba masa yang sesuai. Pokoknya keyakinan kita pada Allah dan keikhlasan hati mendekati manusia.
Ummu Abbas
Posted by albayuni on Jun 23, 2009 at 1:08 pm
Selain cara berpakaian yang sopan menutup aurat, yang paling penting hendaklah jaga solat. Daripada solat akan mendidik umat menjadi insan pilihan syurga.
Posted by Affuan on Jun 24, 2009 at 2:35 am
syaitan kaler biru tu ke? haha.
Posted by SuriUmmah on Jun 24, 2009 at 5:21 am
Jubah, serban dan tudung labuh mungkin niqob sekali bagi sesetengah wanita adalah pakaian luaran yang mendorong keindahan pakaian hati – iman dan taqwa. Mari kita tambahkan pembaikan pada diri kita.. agar kita dan pakaian kita tidak menjadi fitnah buat Deen tercinta. Dan tak lupa, salam pra madrasah Rejab..
Posted by shafifah on Jun 26, 2009 at 3:12 am
MAJLIS PENGAJIAN ILMU ESOK BERSAMA TUAN GURU
Tarikh: 4 Rajab 1430H/27 Jun 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki, an-Nadwi al-Banjari
Kitab: Sairus Salikin, Jilid 1
http://pondokhabib.wordpress. com
Posted by obakh on Ogos 7, 2009 at 6:36 am
Pilih pasangan kerana agama, Kalu tak,
kite pakai kopiah , jubah dia kata tak cantikla…. or
kie pakai tudung, dia kat tak lawala……
Posted by ROZITA BINTI MAT YAMAN on September 23, 2009 at 12:17 pm
Islam itu indah………..