Kenapa perlu fasakh suami yang berzina?

Entry ini merupakan respon kepada persoalan bagi tajuk “Suami berzina: Apa yang perlu isteri lakukan?”

Semoga mendapat pencerahan.

Ummu Abbas.

************************************

Submitted on 2009/06/12 at 1:03am

Assalammuaalaikum ummuabbas, akak ingat, ummuabbas akan kata pada Mai “alhamdulillah tindakan mai itu tepat iaitu mengizinkan suami kahwin lagi.”Tapi rupanya lain jawapannya.. Abang akak berpoligami, adik akak dipoligamikan. Masing-masing menguruskan rumahtangga dengan cara sendiri.Maklumlah masalah berbeza tapi tak pernah terfikir pulak akak penyelesaian seperti ni.. emm dapat lagi ilmu baru. Kenapa penting untuk Mai menuntut fasakh dari membiarkan saja keadaan yang sedia ada?

ummuafiq
http://ummuafiq.blogspot.com

++++++++++++++++++++

Wa’alaykum salam ummuafiq,

Semoga Ummu Afiq sekeluarga sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan ampunan Allah.

Berkenaan persoalan Ummu Afiq, untuk selain kes suami berzina, lain pula cara penyelesaiannya. Kes yang dikemukakan ini menunjukkan secara jelas suami melakukan dosa besar. Dalam keadaan dia mempunyai ‘kebun’ yang sudah dihalalkan dengan nama Allah, dia memilih cara yang haram untuk melepaskan nafsunya. Itulah asas yang kuat untuk memohon fasakh.

Saya percaya mana-mana isteri yang normal, memahami agama dan menjaga kehormatan dirinya akan tercabar dengan perilaku suami begini. Saya tidak tahu jika masih ada isteri yang sanggup melakukan hubungan intim dengan suaminya yang pernah ‘berkebun’ di tanah yang haram setelah mengetahuinya. Sedangkan di sisi Allah sahaja, nyawa suami yang berzina menjadi halal untuk dibunuh, maka apakah hak kita untuk melayani suami menjadi lebih besar dari hak-hak Allah? Secara peribadi, saya sebagai wanita akan merasa jijik. Jijik untuk membiarkan diri disentuh oleh suami yang tidak menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.

Sekiranya dia bertaubat sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Dia sudah melampau batas-batas hukum Allah, maka biarlah dia selesaikan sendiri urusannya dengan Allah. Hukuman hudud itu sendiri adalah satu mekasnime menghapus dosa besar tersebut. Selain mencegah masyarakat dari melakukan perkara jijik yang sama.

Biarlah suami tersebut malu di dunia dan merasa azab direjam, asalkan di akhirat kelak dia mampu menuju Allah dalam keadaan dosanya telah diampunkan. Azab di akhirat berganda-ganda dibandingkan sedikit balasan di dunia. Apa pilihan kita?

Andaikata hudud dijalankan, suami tersebut akan mati juga. Usahkan untuk mengamalkan poligami, perkahwinan sedia ada pun akan termansukh sebaik sahaja hukuman rejam dilaksanakan. Itulah asas saya menyarankan agar permohonan fasakh dibuat dalam keadaan negara tidak melaksanakan hukum hudud.

Setelah permohonan fasakh diluluskan, urusan bekas suami untuk berkahwin atau tidak dengan teman berzinanya itu bukan lagi perkara yang perlu difikirkan. Kalau dia berkahwin pun, dia memang mendapat calon yang paling sesuai dengannya.

Buktikan kita membesarkan hak-hak Allah dengan cara yang kita mampu. Beritahu suami pendirian kita dalam hal ini.

Inilah antara maksud kita mengasihi suami semata-mata kerana Allah. Kita bertegas dalam perkara yang menyentuh hak-hak Allah dan berlembut selagi suami tidak mengarahkan kita melakukan perkara yang dimurkai Allah.

Allah sendiri menegaskan dalam surah An-Nur ayat 3,

” Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ”

Allah menegaskan bahawa calon yang layak untuk mereka yang berzina sama ada lelaki atau wanita adalah calon yang pernah berzina juga atau orang musyrik. Inilah hukuman Allah untuk mereka di dunia atas perbuatan yang mereka sendiri usahakan. Peribadi yang bersih dan menjaga maruah dirinya hendaklah mengelak diri dari menerima calon penzina sebagai pasangan hidupnya. Ayat ini menceritakan tentang penzina yang belum pernah berkahwin.

Kembali kepada keadaan negara yang tidak menunaikan perintah Allah agar melaksanakan undang-undang hudud, maka adalah wajar sekali isteri yang suci memohon fasakh daripada suami yang ‘confirm’ berzina. Suami itu sudah jatuh fasik. Golongan fasik terhalang lagi dari beberapa hak yang besar seperti menjadi wali bagi anak perempuannya, tidak boleh menjadi saksi dan lain-lain. Bagi sesetengah topik , mungkin ada khilaf pendapat dalam menerima atau menolak muamalah golongan fasik. Itu adalah kes fasik disebabkan kesalahan yang tidak perlu dihukum bunuh.

Saya berharap Ummu Afiq dapat memahami huraian di atas. Ia adalah pengulangan dan sedikit penambahan keterangan kepada isi entry sebelum ini.

Hanya Allah yang maha mengetahui.

Ummu Abbas
21 Jamadil Awwal 1430H
12.00pm

6 Respons to this post.

  1. Selalunya dalam masyarakat kita, kalau suami dah terlanjur, isteri akan didesak membenarkan suami berpoligami kerana perlu bertanggungjawab dan untuk mengelak dari terus menerus berdosa. Tak pernah timbul isu isteri boleh minta fasakh kerana perbuatan zina si suami. Itulah kalau tak ada ilmu, hak sendiri pun tak tau.

  2. Setiap orang menanggung dosanya sendiri. Apa kata Allah tentang konsep menanggung dosa? Banyak ayat yang menceritakan hal ini. Antaranya ialah ayat 38 hingga 42 surah al-Najm,

    38] (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

    [39] Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

    [40] Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

    [41] Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

    [42] Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

    Dosa suami dia tanggung sendiri. Isteri tidak menanggung dosa suami. Sebaliknya dosa-dosa anak isteri yang dilakukan kerana kecuaian pihak suami mendidik mereka, akan turut sama ditanggung oleh suami.

    Suami bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Isteri bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang tidak menunaikan hak-hak suami. Bukannya terhadap dosa yang dilakukan oleh suami. Oleh sebab itu saya menjelaskan bahawa kecuaian pihak isteri bukan alasan suami berzina kerana masih ada ikhtiar lain yang diharuskan syarak.

    Yang akan terus-menerus menanggung dosa ialah mereka yang melakukan dosa tetapi tidak bertaubat. Imma suami waimma isteri.

    Suami yang beriman dan bersabar terhadap mehnah rumahtangga dan tetap patuh pada hukum Allah akan diberi jalan keluar oleh Allah dengan cara yang tidak disangka-sangka.

    Sudah beberapa orang lelaki soleh yang saya kenali tidak perlu bersusah payah mencari isteri kedua tetapi rezeki itu datang bergolek tanpa dipinta dan diusahakan. Meskipun begitu, ujian tetap ada namun ia dapat diatasi dengan sabar dan taqwa.

    Saya hanya mampu menyebut beberapa orang sahaja kerana golongan ini tidak ramai. Kalaulah saya tahu, mahu sahaja saya menyebut ‘ramai lelaki soleh’. Namun apakah daya, kebanyakan manusia suka jalan pintas kepada nikmat hidup di dunia. Walhal mereka diberi mampu mengekang hawa nafsu dan menewaskan iblis.

    Apakah daya…. apakan daya…

    Manusia lebih suka bergantung kepada diri sendiri dari memohon kekuatan dari Allah.

    Islam itu melapangkan bukan menyempitkan.

    Islam itu memudahkan bukan memayahkan.

    Islam itu Indah.

    Sesiapa yang bersahabat dengan keindahan, hidupnya menjadi indah.

    Sesiapa yang mengamalkan Islam, hidupnya akan selamat dan sejahtera.

    Jiwa yang tenang, hati yang bahagia dan hidup dibawah limpahan kasih sayang Allah.

    Masya Allah! Subhanallah!

    Ya Allah! Ampuni daku dan mereka!

    Hamba yang faqir,

    Ummu Abbas

  3. Posted by AbahHadi on Jun 17, 2009 at 4:28 pm

    Sejahtera semua..
    Tergerak hati untuk memberi komen tentang “Suami berzina: Apa yang perlu isteri lakukan?”selalunya ambo ni jenis baca je apa2 yang di lawati dan malas nak komen, tapi tajuk ni ambo rasa elok juga kalau kaum ‘abah’ beri pandangan…tak kan kaum ‘emak’ je.
    Betul apa yang dikatakan oleh Ummu Abbas
    kadang-kadang lelaki menggunakan alasan sudah terlanjur bagi mendapatkan green light untuk kahwin lagi ada yang hanya beralasan semata2 (tipu) ada juga betul2 buat terlanjur.Apapun dua2nya salah dan dosa besar kerana,pertama menipu, kedua bezina (matlamat tidak menghalalkan cara).
    Sebelum seseorang isteri mengambil tindakkan terhadap kes tadi adalah elok di selidiki terlebih dahulu untuk memastikan kebenaran, namun dalam hal ini ramai yang beremosi..sememangnya bergitu kecuali mereka yang belapang dada.
    Situasi begini seorang isteri perlu berani membawa ke tengah dan menyelesai secara bijaksana..kata Mahatma Ghandi: “Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna”.
    Buat lah yang terbaik untuk diri

    ambo penah terbaca satu hadis:

    Maksud Hadis
    ‘Mana-mana lelaki yang bersabar atas perangai isterinya,Allah akan berikannya pahala seperti yang di berikan kepada ayyup kerana bersabar di atas bala yang menimpanya.Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya,Allah akan berikannya pahala seperti yang di berikan kepada Asiah bt Muzahim isteri firaun”

    Ambo tak pasti taraf hadis diatas harap Ummu Abbas boleh jelaskan.

    Wallahualam

  4. Terima kasih Abah Hadi atas perkongsian yang bermanfaat. Setakat ini belum sempat cek lagi hadis tersebut.

  5. bagaimanakah sekiranya suami tidak menghiraukan kebajikan, makan minum, perbelanjaan anak isteri tidak diambil peduli?apabila pulang dari kerja dia memaki hamun walhal sebelum keluar bekerja elok bersalam.rupa-rupanya dia berzina dengan teman sepejabat.apakah yang harus dilakukan oleh seorang isteri?

  6. Mira,

    Saya kira persoalan Mira sudah terjawab dalam entry di atas.

    Untuk kes berzina, satu perkara yang harus diingat ialah bukan mudah mensabitkan kes zina kecuali pelakunya sendiri mengaku dalam keadaan waras serta tiada paksaan.

    Mira boleh laporkan masalah yang berlaku ke pejabat berkenaan seperti bahagian kauseling rumahtangga atau mahkamah Syariah. Di sana, kes akan diadili dengan saksama agar tiada pihak teraniaya.

    Wallahu’alam.

Balas kiriman ini