Semalam saya menelefon seorang saudara saya, Jannah untuk bertanya khabar. Saya sudah lama tahu dia hidup bermadu dan bahagia dengan keluarga besarnya. Namun belum sempat bertemu mata apatah lagi berkongsi pengalaman sejak dia mendapat madu.
Jannah tinggal di selatan tanah air dan saya di semenanjung. Jannah jarang pulang ke kampung dan saya pula jarang ke selatan dek jaraknya yang jauh dan tiada urusan penting. Saya mendapat tahu dia pulang bersama madunya ke kampung untuk berhari raya sebaik sahaja mereka ditakdirkan berkongsi suami.
Khabar mengenainya bahagia dengan madunya begitu mengujakan hati saya. Kebanyakan masalah poligami yang sampai ke telinga saya dan saya melihat sendiri begitu memanaskan hati. Apa tidaknya, kebanyakan lelaki begitu gah dengan ‘lesen besar’ yang Allah berikan buat mereka memiliki ramai isteri namun dari sudut perlaksanaannya…’hampas’!. Sunnah berkahwin ramai tidak diiringi dengan sunnah tanggungjawab dan keperihatinan yang tinggi pada hak-hak isteri-isteri dan anak-anak.
Berbuih-buih mulut mereka dengan angka dua, tiga dan empat sebagaimana yang disebut surah al-Nisa’ ayat 3. Namun bila sampai pada kualiti menunaikan amanah dan tanggungjawab, membisulah mereka.
Kembali kepada Jannah (saya tidak berapa gemar melayan kes yang memanaskan hati lama-lama. Boleh terbakar perasaan saya dibuatnya), apa respon Jannah selepas suaminya berkahwin lagi?
Menurut seorang sahabat saya yang rapat dengan Jannah, Jannah menjawab, “Bertambah bahagia!”
Ini kes pelik dan jarang berlaku dalam masyarakat kita yang runtuh akhlak sekarang. Bahkan ia kali pertama saya mendengar komen begitu. Sebelumnya saya ada kenalan yang juga hidup bermadu dan mengaku suaminya adil. Namun untuk mendengar ungkapan, “Bertambah bahagia” bagaikan mustahil dalam arus masyarakat yang rosak sekarang. Itulah antara faktor wujudnya golongan yang memperjuangkan monogami.
Saya terus bertanya sahabat saya itu (saya namakan Kak Alya sahaja),”Kak Alya ada bertanya pada Jannah, bagaimana suami dia bermuamalah dengan isteri-isterinya sehingga mereka rasa begitu?”
Cerita bersambung….hari ini seperti hari-hari biasa, masa saya selalu suntuk.
Siapa berminat dengan sambungan cerita, sila angkat tangan!
(Hipotesis saya tentu ramai lelaki yang mahu tahu tip dan petua yang realistik ini. Hi…hi)
Ummu Abbas
16 Jamadil Akhir 1430H
4.05pm






Posted by ummuafiq on Jun 10, 2009 at 2:27 pm
Selalunya kalau isteri2 mengalah, amanlah… bukan aman kerana bahagia…tapi kalau ada alhamdulillah..
Posted by MR.K on Jun 11, 2009 at 10:40 am
kalau bab kawen…sume nak ikut sunnah…bab yg lain…punah wal ghanah pon ada…gunakan al quran/hadith nak mengiakan si pelaku….dgn alsan SUNNAH…
Posted by ummuafiq on Jun 12, 2009 at 2:03 am
Untuk MR.K, alhamdulillah. Jarang akak dengar pandangan begini dari seorang lelaki..
Posted by shafa on Jun 12, 2009 at 12:15 pm
Assalamu’alaikum wrt…
rindu pd kak Nor…didoakan kak Nor sekeluarga sihat wal’afiat dalam rahmat Allah S.W.T. mudahan sem depan kita berjumpa lagi dalam usrah. saya pun ada pengalaman pakcik sedara saya berpoligami, dan mereka hidup sebumbung. pada pandangan kasar saya, mereka hidup begitu bahagia.
jadi saya mahu tahu apa kisah sambungan pada keluarga kak Jannah ini…
Posted by noor on November 6, 2009 at 4:40 pm
wah..bagus la bertambah bahagia!!. rasanya lah suami lah kena mainkan peranan plg penting. tak kurang jugak lah antara isteri2 tu pun kena lah jgk gv n take, kan. tapi lah susah hidup poligami ni nak dpt mcm tu tau.
macam saya lah..isteri pertama. suami berkahwin lain anak baru je umur 2 tahun lebih dgn alasan untuk membantu dia berdakwah. ok lah terima je lah. bile saya berbaik2 dgn isteri kedua,,bagus lah kan..raya pun raya rumah isteri kedua..selalu ke sana. tp apa yg sy dapat? hmm..di kata nye balik saya ni hanya berpura2 je..buat baik ada sebab,ada ke patut dia kata ,”tuhan je yg tahu apa yg ada dalam hati awak tu”. sapa tak hot? suami pulak buat donno je. hampeh. last2 saya malas nak amik tahu..malas nak berbaik dah..kau buat hal kau..aku buat hal aku. senang cite.