Arkib bagi Bulan Jun 2009

Al-Fatihah buat Datukku, Wan Ahmad@Muhammad (update)

Bulan bersembunyi di balik awan.
Sembunyi bagai dara pemalu,
 Betapa kami kasihkan Wan,
Allah lebih menyayangi dirimu.
 
 Tanggal 7 Rejab 1430H bersamaan 30 Jun 2009, awan tebal putih menapis cahaya mentari di pagi hari.   Hari yang mendung seolah-olah mengetahui satu ruh sedang berdepan dengan sakaratul maut untuk kembali kepada Tuhannya. 
 
Kira-kira jam 9 pagi, saya menerima panggilan dari Ma (ibu [...]

Continue reading »

Bonda YB Mumtaz Nawi Kembali ke Rahmatullah

Ibu YB Mumtaz Nawi meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit  kanser yang dihidapi sejak sekian lama.  YB Mumtaz merupakan  senator Kerajaan Negeri Kelantan.  Beliau juga baru sahaja diamanahkan dengan tugas Naib Ketua Muslimat PAS Pusat.   Saya turut merasa sayu di atas pemergian bonda kepada salah seorang sahabat saya itu.  
Alhamdulillah saya sempat menziarahi bonda Mumtaz semasa [...]

Continue reading »

Kasih Tok Guru Nik Aziz pada rakyatnya

Suatu hari, Tok Guru menghadiri majlis jamuan. Seorang lagi tokoh agama di negeri Kelantan duduk bersebelahan Tok Guru.
Sebaik hidangan diangkat, tokoh agama itu segera menyuapi makanan di depan mata. Telah beberapa suap dia makan namun Tok Guru di sebelah hanya diam tanpa menyentuh makanan.
Tokoh agama itu bertanya Tok Guru kenapa beliau [...]

Continue reading »

Azab Polis Melayu Bertatoo Salib

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.
Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian [...]

Continue reading »

Syaitan Menangis Lihat Foto Ini

Kedua-dua foto di atas disalin dari mStar Online.
Setelah hati ummah yang cintakan Islam digundah -gulanakan sejak beberapa hari yang lalu dengan isu Kerajaan Perpaduan, sampai jua saatnya hati yang nestapa kembali tenang apabila melihat pimpinan gerakan Islam di Malaysia ini bertemu penuh mahabbah dan rahmah. Iblislah raja pertama yang suka kepada perpecahan umat manusia. [...]

Continue reading »

Ahli Kelab Penyokong PAS Mimpi Jumpa Nabi

Seorang ahli kelab penyokong PAS, Kannan (nama samaran) memberitahu Ustaz A bahawa dia bermimpi jumpa Nabi Muhammad s.a.w.
Ustaz A bertanya bagaimana dia boleh tahu individu yang datang jumpa dia itu adalah Nabi?
Kannan beritahu individu itu memakai serban dan berjubah serta mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama [...]

Continue reading »

Rancang Kehamilan dan Ibadah Wanita Istihadah

Ratna. 10:45:37
Kak nur, saya ada persoalan. saya dah mempunyai 2 orang anak. jadi kami ingin merancang kehamilan seterusnya. apakah syariat agama kita dalam merancang kehamilan?
buat pengetahuan, sekarang saya sudah merancang dengan mengambil suntikan setiap 3 bulan sekali. Kesannya haid saya tidak teratur disebabkan hormon dalam badan. Kadang-kala haid hingga lebih dari 14 hari. bagaimana hukumnya [...]

Continue reading »

Kenapa perlu fasakh suami yang berzina?

Entry ini merupakan respon kepada persoalan bagi tajuk “Suami berzina: Apa yang perlu isteri lakukan?”
Semoga mendapat pencerahan.
Ummu Abbas.
************************************
Submitted on 2009/06/12 at 1:03am
Assalammuaalaikum ummuabbas, akak ingat, ummuabbas akan kata pada Mai “alhamdulillah tindakan mai itu tepat iaitu mengizinkan suami kahwin lagi.”Tapi rupanya lain jawapannya.. Abang akak berpoligami, adik akak dipoligamikan. Masing-masing menguruskan rumahtangga dengan cara sendiri.Maklumlah [...]

Continue reading »

Catatan: Travelog Penang

Assalamu’alaykum warahmatullah,
Saudaraku dalam Islam khususnya mereka yang meninggalkan komen dan soalan sejak 3 hari yang lalu seperti Ummuafiq, Shafa, Azie, Joko dan pembaca secara amnya,
Saya baru ‘approve’ semua komen memandangkan baru pulang dari musafir ke Penang. Saya menemani suami yang ada urusan di Georgetown. Kami bertolak pada 12 Jun dan baru pulang tadi [...]

Continue reading »

Suami berzina: Apa yang perlu isteri buat?

Submitted on 2009/05/26 at 5:52am
assalamualaikum…
saya ada masaalah berkaitan rumahtangga… sebelum ini rumahtangga saya aman bahagia,. untuk pengetahuan kak, baru 4 tahun saya berumahtangga dan anak masuk 2 orang. Sekarang saya mengandung 8 bulan.. baru-baru ini suami saya berterus terang bahawa dia telah terlanjur dengan bekas teman wanitanya di universiti dulu.. dan dia ingin mengambilnya sebagai [...]

Continue reading »

Bahagianya Jannah Hidup Bermadu

Semalam saya menelefon seorang saudara saya, Jannah untuk bertanya khabar. Saya sudah lama tahu dia hidup bermadu dan bahagia dengan keluarga besarnya. Namun belum sempat bertemu mata apatah lagi berkongsi pengalaman sejak dia mendapat madu.
Jannah tinggal di selatan tanah air dan saya di semenanjung. Jannah jarang pulang ke kampung dan saya pula [...]

Continue reading »

Ratu Cantik Islamik

Saya pernah paparkan berita mengenai pertandingan Ratu Cantik Akhlak di Saudi sebelum ini. Saya baru terbaca berita keputusan pertandingan itu di Harian Metro. Teringat pula pada satu program yang diadakan semasa saya di Tahun Pertama di Jordan yakni bagi Sesi 1992/93. Program itu dianjurkan oleh kakak-kakak senior. Kalau tidak silap, programnya [...]

Continue reading »

Debar Sempena Muktamar PAS ke 55

Saya menyorot penuh minat dengan pemilihan pimpinan PAS sempena Muktamar PAS ke 55 ini. Sebagaimana dimaklumi umum, jawatan paling panas ialah Timbalan Presiden PAS. Pelbagai serangan peribadi dan bukan peribadi dilontarkan ke susuk yang menjadi calon. Debar menanti keputusan lusa lebih hebat saya rasai dibandingkan debar untuk mengetahui jantina janin sepanjang [...]

Continue reading »

Isu Manohara: Rebut Sahaja Gadis/Wanita Solehah

Manohara menantu Sultan Kelantan itu mengambil tempat lagi di media cetak dan media maya. Para blogger pun ada yang berminat menyiarkan berita-berita mengenainya. Saya kira ia hanya membazir masa dan ruang ‘bertumah’ (bertungkus – lumus) mengenainya. Ia adalah isu rumahtangga seseorang. Biarlah mereka selesaikan sendiri masalah mereka menurut lunas [...]

Continue reading »

Di Bilik Pembedahan: Baju Lengan Pendek Pula!

Nota: Entry ini merupakan lanjutan entry bertajuk,”Jangan Buka Tudung Semasa X-Ray”
Di Bilik Pembedahan: Baju Lengan Pendek Pula!
Saya dibawa oleh seorang staf wanita masuk ke kawasan bilik pembedahan untuk rawatan gigi. Saya diminta menukar pakaian terlebih dahulu. Saya tidak keberatan menurutinya.
Di bilik persalinan, staf itu memberikan pakaian yang disediakan. Pakaian itu [...]

Continue reading »