Lagi Penjelasan Nik Nur Madihah

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.” -Utusan Online

Ummu Abbas: Rumah Nik Nur Madihah mempunyai 2 bilik tidur. Bilik kecil yang dilindungi almari adalah bilik ketiga yang diwujudkan untuk adik-adik lelaki Madihah. Madihah sendiri tidur dalam bilik sedia ada.

Gambar dari Harakahdaily

Gambar dari Harakahdaily

Perhatikan gambar di atas. Berapa orang yang kelihatan dalam gambar? Gambar tersebut di ambil di ruang tamu. Sebelah kerusi Tok Guru duduk (3 tempat duduk), ada lagi kerusi satu tempat duduk. Di belakang almari yang kelihatan itulah bilik kecil yang diwujudkan.

Agaknya inilah kesan dari PPSMI bila wartawan Utusan (akhbar kerajaan sendiri) gagal mengira dengan betul!

Pada pandangan saya, rumah Madihah memang sangat daif jika dibandingkan dengan rumah kebanyakan orang-orang kaya (juga kaya pinjaman rumah) di Malaysia ini. Namun jika dibandingkan dengan rumah Rasulullah s.a.w, ia boleh dikatakan sudah melebihi apa yang Rasulullah s.a.w ada.

Ada kerusi set (yang diduduki oleh Tok Guru) dan juga sebuah peti televisyen lama di ruang tamu. Sama ada mereka beli sendiri atau diberi orang, itu saya tidak tanya.

Walaubagaimanapun, menurut uruf dan zuruf setempat, adalah wajar sekali Kerajaan Negeri menghadiahkan sebuah rumah yang selesa. Apatah lagi, rumah Madihah hanya disewa dan belum memiliki rumah sendiri.

******

“Nur, mari sini tengok gambar rumah Madihah,” panggil suami saya.

“Hmm, kerajaan patut bagi peruntukan rumah rakyat miskin (kalau tidak silap saya RM40k untuk satu keluarga dengan syarat-syarat tertentu),” saya memberi respon sebaik sahaja melihat gambar itu.

Keesokannya.

“Ha… Tok Guru hadiah rumah pada Madihah bernilai RM130k dan lot rumah,” beritahu suami saya yang sedang membaca Harakahdaily.

“Alhamdulillah, lagi baik,” sahut saya (maksud saya apa yang Kerajaan Negeri beri lebih baik dari cadangan saya semalam.) Gembira sekali saya mendengarnya.

Saya sekadar memberi cadangan berasaskan pada amalan biasa Kerajaan Negeri terhadap rakyat miskin. Jika Kerajaan mampu menghadiahkannya terus, tentu ia lebih baik. Memandangkan kerjaya sebagai nelayan kecil tidak menjamin pendapatan yang memuaskan.

Kerajaan Negeri memang berusaha agar setiap rakyatnya memiliki rumah sendiri. Program itu masih berterusan sehingga hari ini dan insya Allah selagi Kelantan ditadbir dengan cara Islam.

**********
Pagi semalam, saya telefon Madihah untuk memastikan 2 perkara. Pertama mengenai bilik yang dikatakan dihuni Madihah dan kedua mengenai bantuan zakat. Namun saya tidak sempat update khabar terbaru kerana hadir majlis Maulidur Rasul di rumah ibubapa saya di kampung.

Setahu saya, tiada pemohon yang layak tidak diberi zakat di Kelantan ini.

Sebagaimana biasa, saya selalu menyelidik latar belakang orang susah yang pernah singgah di rumah saya. Salah seorang dari mereka yang asalnya balu (usianya lebih muda dari saya. Saya panggil dia Na) telah berkahwin dengan duda kematian isteri. Selepas berkahwin, dia datang lagi ke rumah. Oleh kerana kehidupannya masih susah, saya mengesyorkan padanya agar bertemu wakil rakyat kawasan melalui pejabat DUN atau memohon zakat. Secara umumnya, saya yakin dan percaya penuh pada sifat amanah wakil-wakil rakyat dari PAS.

Na menurut cadangan saya. Selepas itu dia masih lagi datang ke rumah kerana saya memintanya membantu saya semasa saya dalam pantang anak kelima. Jadi saya dapat follow up perkembangan dia.

Na tinggal di kawasan YB Ustaz Nik Amar. Suatu hari dia bercerita dengan rasa seronok sekali,

“Ustaz Nik Amar datang sendiri rumah Na. Ustaz jemput Na sekeluarga ke rumahnya untuk diberi zakat.”

Saya kagum dan gembira dengan khabar tersebut.

“Ustaz Nik Amar sendiri datang rumah Na? Bukan dia hantar wakil?” tanya saya untuk memastikan.

“Iya, Ustaz Nik Amar sendirilah yang datang,” Na menegaskan.

Alhamdulillah. Saya gembira melihat riak riang di wajah Na, salah seorang rakyat daif yang menerima jemputan dari wakil rakyatnya sendiri. Semoga Allah meneguhkan kedudukan Ustaz Nik Amar dengan maaruf yang dilakukan.

Na bukan sahaja mendapat bantuan zakat dari Tok Wakil, tetapi juga mendapat zakat dari MAIK (Majlis Agama Islam Kelantan), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, zakat yang diberi oleh guru-guru sekolah anaknya dan bantuan persendirian yang tahu keadaannya.

Berbalik pada Nik Nur Madihah, sekali lagi hati saya diulit rasa kagum bila Madihah memberitahu melalui telefon,

“Macam yang saya cakap hari tulah. Kami lebih suka berusaha dengan tulang empat kerat kami. Kami masih gagah dan mampu ikhtiar sendiri. Lainlah kalau sakit atau tidak berupaya. Kami memang tidak mengadu pada sesiapa (di kalangan manusia)

Berkenaan zakat, kami tidak mohon sebab kami fikir ada lagi orang lain yang lebih susah. Kalau kami mohon, mungkin orang yang lebih susah akan terlepas bahagiannya.”

“Itulah sifat taqwa,” saya mencelah.

“Iya Kak Nur, tolong jelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Kasihan Kerajaan Negeri.” Madihah mengakhiri kalamnya.

Fikir-fikirkan…

Renung-renunglah… dengan hati yang mencari Tuhan!

Ummu Abbas
22 Rabiul Awwal 1430H
Update: 24 Rabiul Awwal 1430H

24 Respons to this post.

  1. Posted by milla on Mac 21, 2009 at 3:12 am

    Kak Nur,

    berita di arus perdana memang berlainan dgn realitinya. saya jadi tak faham di mana kredibiliti, etika & yg sewaktu dgnnya bila mereka menulis berita2 yg diputar belitkan. kasihan pada kedua ibubapa saya… yg menjadikan suratkhabar/tv kerajaan ini sbg sumber berita utama mereka…kasihan mereka terpaksa menelan semua berita2 tu.

  2. Posted by sakinah on Mac 21, 2009 at 3:47 am

    Assalamualaikum..

    hairan kan…

    manusia tahu akan ada hari pengadilan dan azab
    tapi rasa takut entah ke mana
    mungkin tenggelam dengan cinta kepada dunia

  3. Assalamualaikum K.Nor.

    Tahniah kerana berkesempatan berjumpa sendiri dengan adik Madihah serta keluarganya. Barulah kami pun dapat berita yang sahih berbanding berita di akhbar harian (nasib baik tak baca, tengok tajuk & gambar masa belek suratkhabar untuk cop pagi-pagi).

    Sebelum gambar kat atas tu keluar dalam Harakahdaily, Chik berkesempatan melihat banyak lagi kepingan gambar2 yang diambil oleh suami Kak Ma (wartawan Harakah) yang datang menemuduga Chik mengenai Zahra’. Barulah nampak lebih jelas gambaran hidup keluarga Madihah yang bagi Chik termasuk dalam kategori orang-orang yang bersyukur.

    Terasa malu juga dengan apa yang kita ada tapi tidak dapat menjiwai sikap seperti beliau sekeluarga.

  4. salam akak,,,

    pertama kali visit blog akak,, tahniah diatas berita ini..
    Moga diberi kekuatan selalu, InsayaALlah

  5. milla,

    Menjadi tanggungjawab kita menyampaikan berita benar kepada mereka di sekeliling kita.

    ‘SAmpaikanlah kepadaku walau satu ayat’. Pesan Nabi s.a.w kepada ummatnya.

    Sama ada mereka mahu terima atau tidak, terserah kepada mereka. Hanya Allah satu-satunya zat yang memiliki HIDAYAH yang diberikan kepada sesiapa yang mahu menerimanya. Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah itu sendiri pun Allah tidak berikan kuasa memberi HIDAYAH ini. Apa lagi kita…

    Sifat KASIHAN itu merupakan taufik dari Allah untuk kita melakukan tindakan sewajarnya. Buktikan kita KASIHAN pada kedua ibubapa atau sesiapa sahaja dengan menyampaikan yang benar kepada mereka.

    Satu tip yang Kak Nur ingin kongsikan di sini sebelum kita menyampaikan sesuatu yang baik kepada seseorang ialah doakan dahulu individu tersebut agar Allah lembutkan hati mereka dengan penuh kasih sayang. Kemudian pilihlah cara yang terbaik sesuai dengan kedudukan mereka untuk menyampaikan. Kak Nur percaya, tiada manusia yang menolak hadiah yang dibungkus dengan cantik dan diserahkan dengan penuh sopan santun.

    Sesetengah orang menggunakan hadiah yang kita beri bila sesuai dengan minatnya. Sesetengah orang tidak memanfaatkan hadiah yang diberi.

    ‘Hadiah’ itu sudah tersedia dalam Al-Quran dan Sunnah. Di samping kemahiran kita sendiri, kaedah membungkus hadiah dan cara menyampaikannya haruslah sentiasa dipelajari dengan mereka yang lebih tahu.

  6. salam..

    begitulh hebatnya akhbar arus perdana, memutar belitkan fakta sebenar.
    saya pun baca tajuk jer, isi dalam akhbar arus perdana x le pakai …msk kiri, kiri jgk keluar..x layak keluar ikut sblh kanan.

  7. Posted by Bdk matrik on Mac 22, 2009 at 8:03 pm

    Tahniah kpd adik nur madihah..Saya sguh tharu bla mmbca atikel tntang adik nur madihah..1st time sy mmbaca ksah dy dlm harakahdaily..Hati sy tsentuh n mnits air mta..Sy x bley bygkn btpa kuat ny usaha dia..Smpai dpt 20 a..Tp sya amek 3 sbjk kt mtrik pn mcm da x lrat..

  8. Saya pun tabik pada usaha dia yang bersungguh-sungguh.

    Pepatah Arab menyatakan,

    ‘man jadda wajada’

    Sesiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh akan memperolehi kejayaan’

  9. Posted by akhi on Mac 24, 2009 at 8:32 am

    Tahniah kpd Adik Nur Madihah…semoga kejayaan ini menjadi titik kesinambungan lebih byk kejayaan dunia akhirat buatmu…semoga Allah mberi petunjuk utk memilih scholarship yg terbaik utkmu menerangi jalan perjuanganmu seterusnya…ana takboleh bg cdgn sbb nnt mcm bias :) Selamat Maju Jaya!

  10. Posted by Miey on Mac 24, 2009 at 5:49 pm

    Tahniah kpd nik nur madihah..Saya bhrap bliau sukses sllu..Bg saya dia lah inspirasi n cnt0h tbaik bg pljar n rmaja muslim..Cay0k2!!..

  11. Posted by chemekmolek on Mac 31, 2009 at 12:55 pm

    kak nor, jzkk sbb update berita ni. hari tu tengok berita tv3 pasal kejayaan madihah, di situ pun ada putarbelit. katanya madihah pelajar sekolah menengah naim libnanat (sekolah agama kerajaan persekutuan), bukannya sekolah maahad muhammadi lilbanat (sekolah agama bawah kerajaan negeri kelantan) – patutnya YIK dan MMP dakwa TV3.

  12. seorang wanita yg cekal dan tabah menghadapi kesusahan hidup

  13. proud to be a muslim!!

  14. Posted by salsabila on Julai 5, 2009 at 10:03 am

    pada pendapat ana, usah dipolitikkan semua isu, apa kata anda mengulas tentang kejayaan madihah dengan ibadatnya yg dituntut dalam islam, buka mata semua orang bahawa amalan2 yg dtuntut itu boleh membawa seseorang menempa kejayaan, dengan cara itu, berita dan post ini akan jadi lebih bermanfaat, jika semua org ingin jadi penasihat ahli politik atau juruanalisis politik, takpala..

  15. Posted by thanaif on Julai 6, 2009 at 7:40 am

    Saudari Salsabila satu sahaja yang wajar difahami.

    Bagaimanakah cara yang diperakui oleh undang-undang untuk memilih sebuah kerajaan?

    Bolehkah hanya melalui pungutan suara sahaja tanpa mengundi?

    Bolehkah hanya berdebat tanpa memilih untuk memihak?

    Bolehkah hanya aktiviti pertubuhan kebajikan sahaja tanpa tanggungjawab beramanah andai yang dilakukan ialah menubuhkan dana yang mesti diauditkan untuk berani tidak menyalurkan sumbangan bukan kepada pihak yang berhak?

    Bolehkah hanya berkempen sahaja untuk dihukum penipuan di dalam pilihanraya tetapi tanpa perlaksanaan hukuman itu dilakukan?

    Bolehkah keyakinan terbina apabila media tidak mentoleransikan kebebasan untuk berlaku jujur tanpa mensasarkan warga sebagai mangsa untuk mendapatkan keadilan berinformasi dan andai ruangan bercetak upaya ditawar dengan imbuhan betapa pula kini medan interaksi siber yang menganjurkan ganjaran menerusi persaingan?

    Akhirnya bolehkah kerajaan dibentuk tanpa pilihanraya seandai upaya dibuktikan wujud sebuah negara tanpa warganya?

  16. alhamduliah…moga2 Nur madinah sentiasa dirahmati allah…amin….-Student from Sabah-……….

  17. Posted by nabila and wani on Julai 26, 2009 at 3:44 am

    tahniah kak madiha,we proud to be a woman.you are the best,………semoga kak bahagia ,murah rezeki ,panjang umur

  18. Posted by Blog Resipi on Julai 31, 2009 at 9:57 am

    Salam singgah dari blogresipi. Semoga Nik Nur Madihah berjaya mencapai cita-citanya.

  19. Posted by mohd shukor on Ogos 18, 2009 at 5:13 am

    assalammualaikum warahmatullah hitaala wabarokatuh..
    ditujukan khas buat cik nik nur madihah
    byk keinsafan yang telah sy pelajari dengan apa yang dilihat pada kekuatan awak.
    ini pendapat peribadi sy pada awk..
    sampai xtahu mcm mane..harap awk baca msg ni..

    shukor
    ywj 09

    Wa’alaikum salam wbh,

    Saya hantar sms kepada Nur Madihah dan sampaikan harapan saudara agar dia membaca mesej yang saudara tinggalkan. Harap maklum.

  20. Posted by madihah on Ogos 18, 2009 at 9:08 am

    wslm.terima kasih untuk komen saudara tapi saya harap jangan terlalu memuji saya,saya bukan siapa2,saya sendiri banyak kelemahannya,dan masih banyak yang perlu diperbaiki..
    saya sedar setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,tidak kira dugaan atau nikmat,semuanya ujian dari Allah..apa yang saya harapkan ialah doa dari seluruh masyarakat agar saya kuat untuk teruskan perjuangan ni….

    Salam’alaykum Madihah,

    Terima kasih kerana ‘bersuara’ di sini.

  21. Posted by papai_17, KB on Ogos 22, 2009 at 4:45 pm

    alhamdulillah ats rezeki yang ALLAH berikan kepada akak ya.. tahniah atas pencapaian yang dimiliki. ALLAHU AKHBAR!!!

  22. Posted by Eifaa on September 1, 2009 at 6:14 am

    Assalamualaikum,,kak…………………….

    Saya bangga sgt dgn akak sebab akak tlh buktikan umat islam juga mampu berjaya dan membuktikan Islam ttp releven dan x mundur dlm arus kemodenan masa kini..TAHNIAH..

    Saya berharap lebih ramai umat islam yang berjaya seperti akak..

    MALAYSIA BOLEH!!!!!! ISLAM JUGA BOLEH!!!!

  23. Jika ditanya , ” bagaimana Madihah mengatasi rasa malas membaca buku ? ” maka dijawabnya “jika malas itu mempunyai ubat yang boleh merawatnya tentulah tidak ada manusia yang malas di Dunia ini” kata-kata cukup ringkas tetapi membawa pengertian yang mendalam … Ia menjadi Inspirasiku …

    Dalam meniti arus pergolakan hidup , dirinya tetap cekal dan tabah …

    Tiba2 saja fikiranku melayang tentang saudaraku yg susah,Apakah dye mkan , Adakah anak-anaknya dapat hidup dgn senang ? Belajar dgn senang ? Mnitis air mata ku keresahan …

    Sekarang aku tahu … Tiada sebab untuk aku tidak berjaya …

    Prinsipnya tetap ku pegang …

    ” Hablu minallah hablu minannas “

  24. salam…huhu…terasa kerdil yg amat diri ni…

Balas kiriman ini