Arkib bagi Bulan Mac 2009

Catatan: Pesta Buku Kelantan 2009 & Bercuti

29 Mac 2009 yang lepas merupakan hari saya beruzlah dari menulis untuk blog. Bersambung pula dengan 2 hari cuti am di Kelantan, jadi 3 hari saya tidak dapat update blog.
Alhamdulillah, semalam dan hari ini adalah dua hari untuk anak-anak.
30 & 31 Mac setiap tahun merupakan cuti am di Kelantan sempena [...]

Continue reading »

Catatan: Kepada Yang Bertanya

Assalamu’alaykum,
Ada 3 persoalan yang belum sempat saya beri respon.
3 persoalan tersebut ialah mengenai cara berhenti mengumpat, masalah pergaulan dengan kawan-kawan dan tentang hati.
Saya mohon berbanyak maaf kepada yang bertanya kerana belum sempat melayan pertanyaan anda.
Insya Allah, saya akan beri respon seberapa segera yang boleh dan menurut keutamaan.
Apa yang baik dari Allah jua.
Catatan ini hanya untuk [...]

Continue reading »

Rasa Bersalah Merupakan Nikmat Dari Allah

Saya pernah membuat kesilapan besar dalam hidup saya..saya rasa sangat menyesal…rasa bersalah selalu menghantui hidup saya …kini saya menjadi seorang yg pendiam dan xda semangat nak teruskan hidup
Rashela
Jawapan:
Assalamu’alaykum wbh adik Rashela,
Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian merasa dirinya bersalah lebih baik dari mereka yang beramal soleh kemudian merasa dirinya suci bersih.
Yang terbaik di antara keduanya [...]

Continue reading »

Memahami Al-Quran Di Rumah

Assalammuaalaikum ummuabbas,
Saya ingin sekali meminta pandangan ummuabbas tentang bagaimana caranya untuk kita memahami ayat2 Al quran secara sendirian di rumah. Selama ini saya cuma membaca terjemahan dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Tapi ada masanya saya tak dapat memahami bahasanya, kadang2 keliru dengan cerita2 dalam ayat2 tertentu. Saya pula belum berkesempatan menghadiri mana2 kelas tafsir. [...]

Continue reading »

Hukum Pakai Cincin Semasa Solat

Assalamualaikum..
Kak, apa hukum pakai cincin waktu solat?
Sebab cincin itu kan halang jari kita sentuh sejadah masa sujud..
Syukran
Sakinah

Jawapan
Hukumnya harus dan sah solat berdasarkan amalan Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang memakai cincin.
Anas bin Malik memberitahu, “Rasulullah S.A.W memakai cincin perak di tangan kanannya dan batunya dari Habsyah. Beliau meletakkan mata cincinnya bertentangan dengan tapak tangannya.” [...]

Continue reading »

Rileks Sekejap: Kek Birthday Nabi

Kita tinggal dulu buat sementara kisah Nik Nur Madihah yang sedang sensasi.
Rabu 18 Mac 2009: Selepas ziarah rumah Nik Nur Madihah, Aesya mengikut ibu-ibu saudaranya (Su Pah dan Cik Yah) pulang ke rumah Tok Ma dan Tok Abah. Saya berjanji akan ambil dia pada hari Jumaat sempena majlis Maulud (Maulidur Rasul) [...]

Continue reading »

Keluarga Nik Nur Madihah: Manifestasi Tarbiyah Ulama

Ciri Al-Falah: Utamakan Orang Lain
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
وَالَّذِيْنَ تَبَوَّؤُ الدَّارَ وَالْاِيْمَانَ مِنْ قَبْلِهِمْ يُحِبُّوْنَ مَنْ هَاجَرَ اِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُوْنَ فِىْ صُدُوْرِهِمْ حَاجَةً مِّمَّاۤ اُوْتُوْا وَيُؤْثِرُوْنَ عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
 وَمَنْ يُّوْقَ شُحَّ نَفْسِه فَاُولٰٓٮِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ‌ۚ‏
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, [...]

Continue reading »

Lagi Penjelasan Nik Nur Madihah

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.” -Utusan Online
Ummu Abbas: Rumah Nik Nur Madihah mempunyai 2 bilik tidur. Bilik kecil [...]

Continue reading »

Penjelasan Keadaan Nik Nur Madihah

Assalamualaikum,
Seorang blogger menyatakan seperti berikut;
Seharusnya kejayaan dan ketabahan Nik Nurmadiah harus diteladani oleh kita semua.
Mengenangkan kepada pelajar ini dan melihat keadaan rumahnya menyebabkan Murai menjadi emosi lagi. Apakah kehidupan keluarga ayahnya Nik Mohd Kamal Hussein tidak diepdulikan sesiapa? Murai percaya kalau bukan kerana kejayaan anaknya itu dunia tidak mengenali Mohd Kamal. Dan Mohd Kamal akan [...]

Continue reading »

Ziarah Pelajar Terbaik SPM 2008

Alhamdulillah, saya baru pulang dari menziarahi adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pagi tadi. Seawal jam 8.30, saya bersama seorang sahabat yang mengajar di Maahad Muhammadi (P), Ustazah Maziah Seman, adik bongsu (Su Pah), si kecil Aqil dan anak saudara, Kasyfi telah berada di rumah keluarga Nik Nur Madihah (Selepas ini disebut Madihah).
Pada [...]

Continue reading »

Baja Mawaddah dan Rahmah

Bila saya ditanya mengenai tip cinta selepas lama berkahwin, saya terpaksa berfikir panjang dan muhasabah diri sendiri. Saya bukanlah pakar rumahtangga seperti Dr Fadzilah Khamsah atau Dato’ Siti Nurbahyah yang terkenal itu.
Usia perkahwinan saya yang baru masuk 11 tahun ini masih mentah saya rasakan dibandingkan dengan dua orang tokoh di atas. [...]

Continue reading »

Catatan: Pelajar SPM Terbaik Kelantan

Semalam seharian tidak menjenguk blog. Hari ini, baru saya tahu mengenai keputusan SPM 2008 yang diumumkan. Lebih menarik, pelajar terbaik kebangsaan diraih oleh pelajar MMP (bekas sekolah saya dahulu). Lihat berita di HarakahDaily.net

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang telah berjaya khususnya adik-adik di Maahad Muhammadi Lilbanat.
Saya tumpang bangga. Sudah beberapa [...]

Continue reading »

Santai: Ruang Penstoran

Khamis 5 Mac, kami sekeluarga ’shopping’ di KB Mall. Semasa membelek-belek barangan, terjumpa ‘itik keretapi’ [lihat gambar] yang comel ini. Sementelah saya sedang mencari ruang atau alat penstoran sesuai untuk simpan napkin anak kecil, saya dapati ‘itik gantung’ ini boleh disesuaikan dengan ruang bilik.
Dua aras di atas saya susun napkin. Mudah dicapai [...]

Continue reading »

Sempena ‘Birthday’mu Ya Rasulullah!

Anak nabi kita
Ada tujuh orang
Tiga laki-laki
Empat perempuan
Kasim Abdullah Ibrahim Fatimah
Zainab Ummi Kalthum
Siti Rokiah
Itulah lirik lagu yang diajar semasa saya kecil-kecil dahulu. Bait-bait yang mengajak saya untuk kenal nabi seterusnya menyintai dan menghormati Baginda s.a.w.
Saya lupa dengan siapa saya belajar lagu itu. Sekolah pertama saya Tabika KEMAS. Tahun 1979, waktu itu belum [...]

Continue reading »

Umat Nabi Muhammad Umat Yang Matang

Kamus Dewan di halaman 868 mendefinisikan matang sebagai; masak, mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan dan kedewasaan pemikiran dan cukup tempohnya. Letusan daripada interpretasi tersebut, amat serasi sekali dikatakan umat Nabi Muhammad s.a.w adalah umat yang matang berbanding umat nabi terdahulu. Signifikannya adalah seperti berikut;
1. Masak atau cukup tempohnya: Umpama sepohon [...]

Continue reading »

Catatan: Sister In Islam dalam Isu Kekeluargaan Islam

Assalamualaikum,
Khamis 26 Feb 2009, saya melihat iklan dalam web Sister In Islam (SIS) yang mencari responden untuk ditemu bual mengenai pengalaman mereka berpoligami.
Saya segera menelefon pejabat SIS melalui nombor yang tertera di skrin laptop. Saya menawarkan untuk mendapatkan responden. Mereka membalasnya dengan baik serta mencatat nama dan nombor telefon saya. [...]

Continue reading »

Sketsa Poligami: Bila Petrol Tidak Cukup!

Dalam satu kuliahnya, Tok Guru [Tuan Guru Nik Abdul Aziz] bercerita,
“Seorang lelaki yang berkahwin dua datang mengadu pada ambo (saya),
‘Saya ada masalah sikit Tok Guru. Selepas saya bermalam di rumah isteri kedua, kemudian esoknya bila bermalam di rumah isteri pertama, saya sudah tidak larat (mahu layan isteri pertama). Apa yang saya perlu [...]

Continue reading »

Apabila Ulama Cintakan Dunia

“ Akan datang kepada manusia suatu masa ketika kemanisan hati berubah menjadi masin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan mempelajari ilmu tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya.
Maka hati orang-orang berilmu seumpama tanah kosong yang bergaram yang turun ke atasnya hujan dari langit maka tidak juga menjadi tawar.
Apabila condong hati orang berilmu kepada [...]

Continue reading »

Petua Tuan Guru Nik Aziz Untuk Bangun Tahajjud

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُزَّمِّلُ
Wahai orang yang berselimut!.
قُمِ ٱلَّيۡلَ إِلَّا قَلِيلاً۬
Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
نِّصۡفَهُ ۥۤ أَوِ ٱنقُصۡ مِنۡهُ قَلِيلاً
Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
أَوۡ زِدۡ عَلَيۡهِ وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلاً
Ataupun lebihkan [...]

Continue reading »

Poligami: Romantiknya Rasulullah

Malam kian larut. Seorang isteri menunggu-nunggu suaminya pulang. Mereka ini pasangan baru berkahwin. Suaminya aktivis dalam masyarakat. Siang berkerja, malam berceramah.
Tidak larat lagi menongkat mata, si isteri masuk ke bilik dan merebahkan badannya ke katil. Dia baring mengiring. Kemudian dia terlelap.
Si isteri tersedar tatkala mendengar derap kaki melangkah masuk [...]

Continue reading »