Berikut adalah artikel lama saya yang pernah disiarkan akhbar Harakah pada tahun 2003. Saya edit sedikit untuk disesuaikan dengan suasana hari ini.
Cuma pihak Harakah pada masa itu telah tersilap menulis nama samaran bagi artikel tersebut. Pihak editor telah memohon maaf kepada saya di atas kesilapan teknikal itu.
Selamat membaca!
Badan Undang-undang Antarabangsa Iktiraf Keunggulan Sistem [...]
Arkib bagi Bulan Februari 2009
26 Feb
Badan Undang-undang Antarabangsa Iktiraf Keunggulan Sistem Perundangan Islam
24 Feb
Eid Miylad Sa’eed, Aesya!
Assalamu’alaykum Aesya…
Hari ini 23 Februari, genap usiamu 4 tahun, sayang!
Sempena ulangtahun ke empat ini, Umi mahu ceritakan satu kisah mengenai Aisyah r.a, isteri kesayangan Rasulullah s.a.w.
Nama penuhnya ialah Aisyah binti Abu Bakr al-Siddiq. Abu Bakr al-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang paling akrab.
Aisyah dilahirkan di Makkah kira-kira 8-9 tahun sebelum hijrah. [...]
23 Feb
Seloka AURAT
Rujuk http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/2007/11/sebuah-seloka-kita-dan-aurati.html
Sebuah Seloka: Bertajuk : “KITA DAN AURAT(I)”
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh [...]
23 Feb
Suami Teladan
Seorang suami mengadap makan tengahari seperti biasa. Ditemani isteri tercinta.
Isteri yang baik itu tertunggu-tunggu reaksi suaminya. Hari itu, semasa sedang memasak, baru si isteri sedar bahawa garam sudah habis.
Suaminya terus menyuap makanan tanpa apa-apa respon. Diam sahaja.
Selesai makan, suami tersebut keluar untuk membeli garam. Dia [...]
21 Feb
Belajar Qiyamullail
Malam kelmarin, malam Jumaat.
Abbas kena tidur di sekolah. Semua tahun 4 diarahkan berpuasa sunat hari Khamis 23 Safar 1430H/ 19 Februari 2009. Waktu sekolah habis jam 2.15pm. Pukul 5.30pm, berkumpul semula di sekolah menanti iftar jama’ie.
Malamnya, ada qiyamullail.
Program ini dinamakan Katibah.
Saya gembira menghantar Abbas ke sekolah semula petang itu. Mana tidaknya… [...]
21 Feb
Doa Main ‘Game’
Semalam.
Aziz baru selesai mandi. Seusai dia memakai baju, saya menegur,
“Ziz, doa pakai baju pun ada”. Saya mengatakan demikian kerana dia sudah ingat sendiri untuk berdoa ketika makan.
Aziz tersenyum-senyum. “Aziz lupa la Umi”.
“Bukan Aziz lupa… Aziz belum tahu dan ingat lagi bacaan doa tu”. Saya menjelaskan.
Sebenarnya salah saya yang [...]
19 Feb
Jam… Masa!
Semasa saya tingkatan 2, ada seorang ustaz yang disayangi ramai murid. Fizikalnya tidaklah hebat namun sentiasa tersenyum, menyimpan janggut, sentiasa berserban, warak dan lucu.
Pelajar-pelajar yang nakal pun ‘respek’ kat ustaz ni. Lemah lembut percakapannya dan empati sifatnya.
Suatu hari dia masuk ke kelas kami. Dia mengajar subjek Akhlak (sesuai dengan orangnya). Antara perkara [...]
17 Feb
Catatan: Menulis Buku Ke 4
Assalamu’alaykum,
Sejak sebulan yang lalu, saya diamanahkan menulis 2 bab untuk buku Fiqh Perubatan yang akan diterbitkan oleh PAPISMA (Sila lihat blog PAPISMA). Penulisan bersama ini mempunyai 4 orang penulis. 2 orang Doktor Pakar dan 2 orang dari bidang Fiqh dan Usul. Suami saya sebenarnya salah seorang dari penulisnya namun dia serahkan bab [...]
16 Feb
Tip Menyisih Cinta Tidak Diundang
Seringkali juga saya dikemukakan persoalan cinta di tengah jalan dakwah. Sudah beberapa generasi adik-adik yang berusrah dengan saya bertanyakan soal hati. Lazimnya mereka ini menjaga batas pergaulan seberapa yang boleh.
Namun, semasa tempoh berurusan itulah, tiba-tiba hati berdetup-detap pada seseorang. Hati itu sensitif pada individu tertentu sahaja dan bukan pada semua orang yang [...]
13 Feb
Andainya Suamiku Seorang YB!
Ini cerpen saya yang pernah disiarkan akhbar Mingguan Wasilah menjelang PRU12 11 bulan yang lalu. Sempena 2 pilihanraya kecil yang akan berlangsung, saya paparkan semula di blog ini. Moga dapat dipanjangkan ke ruang maya yang sesuai. Fahami terlebih dahulu mesej yang tersirat… dan anda akan tahu pada siapa anda harus tujukan cerpen [...]
11 Feb
UMNO Untung Ada PAS
Huaa…huaa..huaa
Aqil asyik menangis sejak 4 hari ini.
Saya mahu solat pun terpaksa biarkan dia menangis. Kasihan dia.
Aqil anak yang baik dan tidak banyak kerenah. Sekarang usianya 1 tahun 6 bulan.
Semalam, dia tidak dapat tidur. Saya pun terpaksa berjaga.
“Kenapa ni sayang…” Saya memujuk.
Sesekali saya lagukan kalimah La Ilaha Illallah [...]
9 Feb
Artikel Import: Biasiswa Post-Grad
Jam 2.30 petang hari ini, kekasih saya (suami) akan hadir temuduga untuk biasiswa PhD. Artikel ini sudah lama saya simpan untuk kegunaan sendiri suatu hari nanti. Hari ini saya paparkan di sini sebagai sokongan kepada kekasih dan juga pembaca am yang memerlukan.
Satu tip dari sahabat saya yang pernah hadir temuduga untuk [...]
7 Feb
Apabila Perompak Beri Tazkirah…
Cuba perhatikan dialog berikut;
“Kereta saya dibaling batu, ditendang. Mereka berbaring di jalan seolah-olah di Timur Tengah dan Pakistan,” katanya ketika ditemubual TV1.
“Adakah itu cara Islam dan orang beriman?” katanya lagi.
Menurutnya, penunjuk perasaan terbabit telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam.
Kata-kata di atas diucapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid [...]
5 Feb
Perak: Kalah Pun Bagus Juga!
3, 4, 5 hari ini, perhatian rakyat Malaysia umumnya berjaya dipancing ke Perak. Perasaan cemas, geram, sedih, tertanya-tanya bersimpang siur di benak saya sebagai rakyat marhaen.
Namun hari ini, alhamdulillah berjaya juga menenangkan diri. Yakin bahawa jika musuh punya perancangan, Allah Yang Maha Melihat juga punya perancanganNya sendiri. Kalau hari ini [...]
1 Feb
Puisi Ringkas Untuk Pemuda
Saya terpukau membaca kisah PM Turki, Erdogan yang berani berkata benar di hadapan Simon Peres, PM Israel. Semoga Allah lindungi dia dan menambah kekuatan ummat Islam di seluruh dunia.
Pra syaratnya, jagalah akidah, peliharalah IMAN dan TAQWA. Berhati-hati dalam setiap tindakan dan percakapan. Tambahlah ilmu di dada. Sentiasa beristighfar di atas apa [...]
1 Feb
Mengenal Hamba Yang Kenal Allah
Dalam perjalanan ke rumah Abah tadi, suami saya menemukan sesuatu yang menarik perhatian kami di TV3. Sebenarnya, suami memasang televisyen di dalam kereta untuk kemudahan anak-anak. Dapatlah kami memandu dengan lebih tenang apabila mereka diam dalam kereta.
Rancangan Al-Kuliyyah jam 5.30 setiap petang Jumaat itu ditamui oleh Pak Kiyai Aa Gym. [...]






Buah Tangan Tetamuku